Transformasi penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith: pengalaman dan cabaran di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM

Suliaman, Ishak (2011) Transformasi penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith: pengalaman dan cabaran di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), University Malaya.

[img]
Preview
PDF (Penyelidikan Ijazah Tinggi, Hadith)
M46_Dr_Ishak_Hj._Suliaman_MUSNAD2011.pdf

Download (816kB)

Abstract

Penyelidikan Ijazah Tinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang pengajian Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya memerlukan kepada transformasi khususnya daripada aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan penyelidikan serta proses pembentukan sarjana Hadith yang unggul. Transformasi penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith begitu signifikan dilakukan oleh pengkaji dan sarjana Hadith. Transformasi ini secara khusus bertujuan memaparkan sumbangan baru kajian ilmu Hadith yang berasaskan penyelidikan ijazah tinggi untuk manfaat dan kebaikan terhadap aspek pemantapan dan perkembangan teori baru dalam ilmu Hadith. Di samping itu, transformasi ini akan meningkatkan sumbangan terhadap aspek penyelesaian dan panduan terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh ummah. Dari aspek proses penyelidikan, transformasi ini akan memfokuskan terhadap aspek pemantapan aktiviti penyelidikan dan penyeliaan ijazah tinggi yang bersifat lokal dan global. Sehubungan dengan itu, Jabatan al-Quran dan al-Hadith (JQH) yang ditubuhkan secara resmi pada tahun 1996, telah mempunyai pengalaman yang bernilai dari aspek penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith. Bermula pada tahun 1999 sehingga 2010, JQH telah menghasilkan 11 graduan ijazah Doktor Falsafah. Di samping itu, bermula pada tahun 1996 sehingga 2010, 62 graduan Sarjana Usuluddin di bidang pengkhususan Hadith telah dapat dihasilkan. Justeru, terdapat 73 (tesis dan disertasi) yang telah dihasilkan di bidang Hadith yang melibatkan 4 orang penyelia di kalangan pensyarah. Sehubungan dengan itu, setelah 14 tahun memiliki pengalaman menyelia 73 orang sarjana yang melibatkan dari 7 negara, maka satu transformasi akademik yang holistik amat wajar diusahakan sebagai satu cabaran ilmiah khususnya terhadap aspek penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Justeru, kertas kerja ini akan memaparkan pengalaman JQH di bidang penyelidikan ijazah tinggi di bidang pengajian Hadith. Fokus kertas kerja ini ialah membincangkan aspek transformasi yang menjadi cabaran untuk dilaksanakan khususnya terhadap aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan penyelidikan serta proses pembentukan sarjana Hadith yang unggul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Uncontrolled Keywords: Study and Teaching; APIUM
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Dr Ishak Hj. Suliaman
Date Deposited: 25 Aug 2011 03:13
Last Modified: 10 Jan 2020 08:28
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2040

Actions (login required)

View Item View Item