Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada perubahan ijtihad fiqh: Analisis terhadap tempoh maksimum kehamilan dan darah haid perempuan mengandung

Mohammad Naqib, H. and Nur Hidayati, Z. and Mohd Anuar, R. (2015) Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada perubahan ijtihad fiqh: Analisis terhadap tempoh maksimum kehamilan dan darah haid perempuan mengandung. In: Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015, 10 Jun 2015, Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[img]
Preview
PDF (Full text)
0001.pdf

Download (3MB)

Abstract

Perkembangan sains dan teknologi banyak membantu para fuqaha' kontemporari dalam memberikan gambaran yang jelas sebelum mereka mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Namun, bagi fuqaha' klasik, mereka hanya bergantung kepada maklumat dan pengalaman individu yang terbatas. Kesannya, terdapat beberapa fatwa bertentangan dengan penemuan sains terkini. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan dan kepentingan sains dan teknologi dalam membantu para fuqaha' mengeluarkan hukum. Kajian ini akan melihat dua contoh isu fiqh perubatan yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha' klasik, dan ia mampu diputuskan dengan penemuan sains dan teknologi terkini. Tempoh maksimum kehamilan yang disebutkan oleh fuqaha' klasik adalah antara sembilan bulan hingga tujuh tahun, sedangkan pengamal perubatan mengatakan kandungan yang melepasi tempoh 42 minggu adalah sangat merbahaya. Sebahagian dari mereka juga berpendapat bahawa perempuan mengandung masih boleh mengalami haid sedangkan ia bertentangan dengan dapatan sains terkini. Hasil kajian membuktikan bahawa penemuan sains dan teknologi sangat penting dalam membantu pengeluaran fatwa, disarnping keperluan menilai semula beberapa fatwa fuqaha' klasik yang dilihat bertentangan dengan fakta sains.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Sains dan teknologi, perubahan bukum, tempoh maksimum kehamilan, haid.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
R Medicine
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 12 Nov 2015 02:42
Last Modified: 30 Dec 2015 04:11
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14746

Actions (login required)

View Item View Item