Konsep ganjaran dalam aktiviti pembelajaran: Pengamalannya di sebuah sekolah menengah agama di Terengganu

Bajuri, M.K. and Mohd Saat, R. and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli and Abdul Rahman, N.N. and Hasan Adli, D.S. (2012) Konsep ganjaran dalam aktiviti pembelajaran: Pengamalannya di sebuah sekolah menengah agama di Terengganu. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(56-70).pdf - Published Version

Download (214kB)

Abstract

Pembelajaran merupakan suatu aktiviti yang sering dibincangkan dalam bidang sains kelakuan dan perspektif Islam. Antara isu yang berkait rapat dengan pendidikan adalah berkenaan aktiviti pemberian ganjaran dan hukuman semasa proses pembelajaran. Kajian ini adalah sebahagian dapatan awal yang akan mengupas pengamalan pemberian ganjaran dalam proses pembelajaran berkonsepkan ulul albab yang memfokuskan kepada aktiviti hafalan alQuran di sebuah sekolah menengah agama di Terengganu. Metode kajian adalah secara kualitatif. Pengutipan data adalah melalui analisis dokumen dan aktiviti temu bual berstruktur yang melibatkan tiga orang guru dan tujuh orang murid di peringkat menengah rendah. Analisis awal mendapati aktiviti yang lazim diamalkan dalam proses pembelajaran di sekolah ini adalah melibatkan ganjaran positif, walaupun pelaksanaannya tidak mempunyai panduan rasmi seperti yang disediakan untuk hukuman. Pengenalpastian amalan baik dan pendekatan berkesan berasaskan konsep ganjaran dan hukuman dalam pembelajaran melalui kajian ini merupakan perkongsian sama untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Ganjaran; Sains Kelakuan; Pembelajaran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 20 Aug 2015 07:52
Last Modified: 18 Dec 2019 07:46
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13986

Actions (login required)

View Item View Item