Kesediaan pengajar kokurikulum dalam melaksanakan pengajaran kursus secara dalam talian: Tinjauan awal

Ibrahim, Putri Harlinda and Abdullah, Nur Farhana (2022) Kesediaan pengajar kokurikulum dalam melaksanakan pengajaran kursus secara dalam talian: Tinjauan awal. In: Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022, 18-20 August 2022, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Puan Putri Harlinda Ibrahim Kesediaan Pengajar Kokurikulum Dalam Melaksanakan Pengajaran Kursus Secara Dalam Talian Tinjauan Awal.pdf

Download (197kB) | Preview

Abstract

Dasar dan polisi pendidikan dirancang dan dilaksanakan seiring dengan evolusi teknologi yang berkembang pesat. Kurikulum dan kokurikulum yang digubal hendaklah memfokuskan kepada potensi individu secara holistik dan mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan. Maka wujudnya kaedah pengajaran berbentuk dalam talian iaitu konsep “asynchronous” dan “synchronous”. Justeru, kesediaan pengajar sangat penting dalam memastikan aktiviti pengajaran kekal berkualiti. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pengajar kokurikulum dalam melaksanakan pengajaran secara dalam talian dan pilihan pelantar pengajaran yang sesuai bagi pembelajaran kursus kokurikulum. Metodologi kajian adalah jenis tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen soal selidik telah disahkan oleh pakar untuk digunakan. Populasi kajian adalah 20 orang pegawai tadbir di Universiti Malaya yang dilantik sebagai pengajar kokurikulum untuk mengendalikan kursus secara dalam talian. Seramai 19 orang responden telah terlibat di dalam kajian ini dan data telah dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kesediaan pengajar kokurikulum melaksanakan pengajaran secara dalam talian adalah pada tahap yang tinggi dan sebanyak enam pelantar pengajaran telah digunakan oleh responden. Implikasi kajian ini kepada pengurusan universiti adalah untuk sentiasa menambahbaik tindakan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum berkualiti dan seiring dengan kemajuan teknologi. Dapatan ini membekalkan maklumat mengenai pilihan pelantar pengajaran yang sesuai digunakan untuk aktiviti kokurikulum. Kesimpulannya, kesediaan pengajar kokurikulum hendaklah seiring dengan perkembangan teknologi agar mampu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai kaedah dan strategi. Malah pembudayaan pembelajaran secara dalam talian dituntut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan seiring dengan elemen-elemen Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Co-curriculum; Teaching; Online learning
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Centre for Internship & Academic Enrichment (CITRA)
Depositing User: Ms Noorsuzila Mohamad
Date Deposited: 12 Jan 2023 04:50
Last Modified: 12 Jan 2023 04:50
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/38198

Actions (login required)

View Item View Item