Pentaksiran nafkah anak berasaskan kriteria kifayah dan ma’ruf: Kajian kes di Malaysia

Ahmad, B. and Wahab, M.A. and Azahari, R. and Ab Rahman, Asmak (2016) Pentaksiran nafkah anak berasaskan kriteria kifayah dan ma’ruf: Kajian kes di Malaysia. In: The 1st International Conference on Islam and Contemporary Issues in The Muslim World: Challenges and Way Forward, 5-6 December 2016, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
PENTAKSIRAN_NAFKAH_ANAK_BERASASKAN_KRITERIA_KIFAYAH_DAN_MA.pdf

Download (632kB)

Abstract

Nafkah yang mencukupi dan baik adalah penting bagi keperluan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia adalah jaminan kemakmuran bagi sebuah rumahtangga yang dibina. Syarak menetapkan dua kriteria yang perlu dipenuhi apabila menetapkan kadar nafkah kepada isteri dan anak iaitu kriteria kifayah dan ma’ruf. Walau bagaimanapun, penentuan kriteria-kriteria tersebut memerlukan penilaian semasa kerana ia dipengaruhi oleh ’urf dan sosioekonomi masyarakat di sesuatu tempat. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan suatu akta bahawa nafkah isteri dan anak perlu ditaksirkan mengikut kemampuan dan keperluan pihak-pihak tertentu. Walau bagaimanapun, peruntukan ini terlalu umum dan tiada penerangan yang jelas mengenai maksud kemampuan dan keperluan pihak-pihak tersebut. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap keputusan penghakiman disebabkan hakim menggunakan budi bicaranya dalam menterjemahkan akta yang sedia ada. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan satu standard pentaksiran nafkah yang menepati kriteria kifayah dan ma’ruf yang dapat dipraktiskan dalam amalan kehakiman syariah di Malaysia. Melalui kaedah analisis kandungan terhadap kitab-kitab berautoriti syariah, laporan kes-kes pentaksiran nafkah dan temu bual mendalam dengan para responden yang terdiri daripada kumpulan hakim dan kumpulan ibu, kajian ini telah berjaya mengenal pasti kaedah pentaksiran nafkah yang lebih praktikal. Antara hasil kajian tertumpu kepada kriteria ma’ruf yang menuntut penelitian terhadap latar belakang sosioekonomi dan kemampuan tertinggi pembiaya. Dalam kriteria ma’ruf, aspek al-hajjah, iaitu adakah anak benar-benar memerlukan nafkah merupakan kriteria tambahan dalam pentaksiran nafkah anak. Kriteria kifayah pula menuntut pentaksiran nafkah memenuhi keperluan isteri dan anak tanpa mengurangi kifayah adna atau keperluan minimum mereka. Kaedah penentuan kadar nafkah semasa, kadar nafkah kifayah adna, serta item-item semasa nafkah telah turut dikenal pasti sebagai panduan pentaksiran nafkah yang lebih pragmatik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference paper
Uncontrolled Keywords: Nafkah; Kifayah dan ma’ruf; Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003; Kadar nafkah kifayah adna
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 13 Sep 2017 06:29
Last Modified: 20 Dec 2019 07:24
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17773

Actions (login required)

View Item View Item