Halal haram makanan menurut Imam Syafi’i: Analisis dari perspektif Maqasid al-Shari’ah

Muda, T.S.T. and Ahmad, R. (2016) Halal haram makanan menurut Imam Syafi’i: Analisis dari perspektif Maqasid al-Shari’ah. In: The 1st International Conference on Islam and Contemporary Issues in The Muslim World: Challenges and Way Forward, 5-6 December 2016, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
HALAL_HARAM_MAKANAN_MENURUT_IMAM_SYAFI.pdf

Download (599kB)

Abstract

Maqasid al-shari’ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi’iyy dalam usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan. Salah satu cabang fiqh ialah tentang hukum halal makanan dan minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan pensijilan halal hari ini. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya bermazhab Syafi’i, penetapan standard dan prosedur pensijilan halalnya banyak didasarkan kepada fiqh mazhab Syafi’i. Walau bagaimanapun, mutakhir ini terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa mazhab ini agak kaku dan kurang sesuai dalam menangani isu-isu baru termasuklah isu-isu makanan halal. Namun begitu, apabila ditinjau perkembangan ilmu maqasid al-shari’ah yang meletakkan ukuran maslahah dan mafsadah sebagai asas penetapan hukum, pada peringkat awalnya, kebanyakan karya berkaitan dengannya ditulis oleh ulama yang bermazhab Syafi’I seperti al Juwayni, al Ghazali, Fakhruddin al Razi, Saif al din al Amidi dan ibn ’Abd al-Salam. Bahkan Imam Syafi’i sendiri dianggap tokoh terawal yang telah meletakkan asas ilmu maqasid al-shari’ah dalam bentuk penulisan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi’I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada ukuran maqasid al-shari’ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari’ah oleh Imam Syafi’i dan kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal yang berkaitan dengan makanan halal. Kajian ini adalah berdasarkan kepada metode kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah daripada bahan-bahan bertulis berkaitan dengan pendapat-pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi’I dan pelbagai dokumen yang berkaitan. Analisis pula adalah berdasarkan kepada metode induktif dan komparatif. Hasil analisis menunjukkan bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari’ah dalam ijtihad Imam Syafi’ terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya pula tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi’.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Makanan; Halal; Imam Syafi’i; Maqasid al-Shari’ah; Maslahah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 13 Sep 2017 07:08
Last Modified: 13 Sep 2017 07:08
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17724

Actions (login required)

View Item View Item