Pengajian tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu tinjauan terhadap peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim

Abdullah, A.R.Q. and Mohamad, S. and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli (2012) Pengajian tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu tinjauan terhadap peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(71-84).pdf - Published Version

Download (205kB)

Abstract

Pengajian tahfiz al-Quran di Kelantan adalah yang terawal di antara negeri-negeri di Malaysia iaitu pada tahun 1937. Pengajian qiraat di Kelantan pula dikira terawal iaitu bermula pada awal tahun 1950-an. Hasil kajian menunjukkan bahawa Haji Muhammad Nor bin Ibrahim merupakan tokoh sarjana Islam yang telah menabur bakti kepada negara Malaysia amnya dengan menjadi guru perintis di Kelas Pengajian Menghafaz AlQuran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1966. Kelas tahfiz al-Quran ini adalah kelas yang terawal di Malaysia. Hasil penubuhan kelas inilah lahirnya Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah institusi pengajian tinggi kerajaan yang menawarkan kursus diploma tahfiz al-Quran dan qiraat di Malaysia. Beliau juga telah berjasa kepada negeri kelahirannya Kelantan dengan mengadakan kelas tahfiz al-Quran secara informal di rumahnya bermula pada 1937 dan secara formalnya di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada tahun 1980. Beliau telah menghasilkan sebuah karya di dalam bidang qiraat iaitu ‘Suluhan Dar al-Na’im Bagi Penuntut Bacaan Nafi’ bin Abi Nu’aym’. Dalam perkembangan semasa di Kelantan didapati pengajian Tahfiz dan Qiraat telah mendapat perhatian yang sangat istimewa daripada pihak kerajaan sejak tahun 1990 dengan penubuhan Maahad Tahfiz wa alQira’at yang pertama di Pulai Condong. Pengajian ini telah dikembangkan selepas itu dengan menambah beberapa buah lagi pusat pengajian tahfiz yang berorentasikan pengajian sains di Berangan Tumpat, Bukit Panau Tanah Merah, Kg. Nipah Bachok, Beris Kubor Besar Bachok. Pada masa yang sama pusat-pusat pengajian tahfiz wa alQira’at ini telah juga dibangunkan oleh individu-individu bagi menampung keperluan pengajian tahfiz di kalangan anak-anak Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Perkembangan ini juga sudah tentu mempunyai hubungan rapat dengan sumbangan yang diberikan oleh . Haji Muhammad Nor bin Ibrahim seperti yang dinyatakan di atas. Dalam konteks inilah kertas ini akan membicarakan beberapa sumbangan yang telah diberikan oleh mantan Mufti Kerajaan Kelantan Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim dalam membangunkan program pengajian tahfiz dan Qiraat ini melalui beberapa pendekatannya yang tersendiri sebagaimana yang dapat dikesan melalui beberapa sumber maklumat terutamnya daripada murid beliau dan ahli keluarga beliau sendiri. Semoga kertas ini dapat menonjolkan sumbangan beliau yang besar seterusnya meneliti sejauhmana hubungannya dengan perkembangan pengajian tahfiz yang sedang berjalan dalam sistem pendidikan umat Islam khususnya di negeri Kelantan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 20 Aug 2015 07:53
Last Modified: 18 Dec 2019 07:37
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13987

Actions (login required)

View Item View Item