Analisa isu-isu terpilih dalam kitab risalah fi bayan hukm al-bay‘ wa al-riba oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas berdasarkan konsep maslahah

Mohd, H. and Mohd Yusoff, Z. and Ali, A.K. (2013) Analisa isu-isu terpilih dalam kitab risalah fi bayan hukm al-bay‘ wa al-riba oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas berdasarkan konsep maslahah. In: International Seminar on Jurisprudence in Contemporary Society 2013, 30 Nov- 01 Dec 2013, Kuala Terengganu.

[img]
Preview
PDF
32.pdf - Published Version

Download (709kB)

Abstract

Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba ialah sebuah kitab fiqh Melayu yang kurang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama (1839-1853M) Ia merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian, khasnya dalam membicarakan fiqah muamalat. Kajian akan mengenengahkan biodata ringkas pengarang, dan seterusnya membicarakan isu-isu terpilih dalam kitab beliau tersebut, berdasarkan konsep maslahah. Data dikumpul daripada metode dokumentasi dan persejarahan, tinjauan perpustakaan, dan temubual. Ia seterusnya dianalisis menggunakan metode analisis kandungan yang khususnya melibatkan kaedah deduktif (istinbat), induktif (istiqra’) dan komparatif. Kajian mendapati bahawa pengarang komited menjadikan maslahah sebagai satu keutamaan dalam mengeluarkan hukum, di samping bijak menyesuaikan permasalahan fiqah muamalat menurut acuan tempatan. Kitab beliau ini seharusnya mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini agar mereka dapat mengambil manfaat daripadanya. Kesimpulannya, penekanan terhadap konsep maslahah dalam perbahasan hukum sememangnya tidak diabaikan oleh Syeikh Abdul Qadir dalam kitab beliau ini, kesemuanya dalam kerangka dan garis panduan yang telah ditentukan oleh syarak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Isu-isu Terpilih, Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba, konsep maslahah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Mar 2015 01:47
Last Modified: 23 Mar 2015 01:47
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13066

Actions (login required)

View Item View Item