“Terrorisme tiada agama”: mencari titik perdamaian antara umat beragama

Ramli, Mohd Anuar and Razak, Muhd Imran Abd and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri and Hassan, Paiz and Jelani, Ahmad Bakhtiar and Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi (2018) “Terrorisme tiada agama”: mencari titik perdamaian antara umat beragama. In: Penyelidikan serantau Islam dan alam Melayu : pendidikan, kewangan, kehartaan kenegaraan dan isu kontemporari. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 13-20. ISBN 9789675534812

[img]
Preview
Text (Full Text)
TERRORISME_TIADA_AGAMA.pdf

Download (5MB)

Abstract

Maraknya aktiviti terrorisme kini seringkali dikaitkan dengan motif keagamaan. Seringkali agama dipersalahkan dan menjadi kambing hitam dalam tiap tindakan terrorisme, umpamanya pengeboman diri, tembakan rambang dan sebagainya. Kesannya akan memicu konflik dan salah faham antara umat beragama. Fenomena ini jika tidak ditangani segera akan mewujudkan ketidakharmonian khususnya dalam hubungan antara agama. Sedangkan secara asasnya, tiada agama yang membenarkan aktiviti keganasan. Malah dalam Islam, terdapat peraturan yang ketat sama ada dalam konteks damai mahupun peperangan. Contohnya, dalam kondisi peperangan, golongan tua, perempuan dan kanak-kanak serta rumah ibadat dilindungi di samping tidak boleh dimusnahkan. Ironinya, dalam tindakan keganasan, sasaran yang dilakukan tanpa mengira golongan jantina, rumah ibadat atau kondisi aman dan peperangan. Dalam kes pengeboman berani mati, banyak nyawa yang terkorban dan rumah ibadat dimusnahkan. Keadaan ini jelas bertentangan dengan panduan syariat Islam. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang terrorisme dengan menfokuskan terhadap isu pengeboman diri atau berani mati. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji akan meneliti kes-kes pengeboman yang dilaporkan di samping menganalisis perspektif hukum Islam tentang tindakan pengeboman diri khususnya dalam konteks Asia Tenggara. Hasil kajian mendapati, terrorisme tiada hubungan dengan agama, bahkan ia merupakan tindakan yang menyimpang dari ajaran agama.

Item Type: Book Section
Additional Information: Conference paper
Uncontrolled Keywords: terrorisme; bunuh diri; lone-wolf; perdamaian; jihad
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 15 Jan 2019 07:25
Last Modified: 15 Jan 2019 07:25
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/19624

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year