Nordin, Mardiana (2017) Kesultanan Melayu Melaka. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 August 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
|
PDF (Full Text)
DR_MARDIANA.pdf Download (273kB) |
Abstract
Mempelajari sejarah bukanlah satu proses menghafal fakta semata-mata. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pembelajaran sejarah adalah proses bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan fakta sejarah melalui daya ingatan. Pelajar perlu menghafal dan mengingat maklumat yang diajarkan oleh guru atau yang dibacanya dari buku. Kemudian pelajar perlu mengingat kembali maklumat-maklumat tersebut. Pandangan seumpama ini sudah tidak relevan. Sejarah bukan sekadar diingati tetapi juga difahami. Apabila memahami apa yang dipelajari, pelajar seharusnya boleh mengungkapkan semula apa yang dipelajari, didengar dan dibaca, menukarkan perkataan dengan perkataan lain (dengan tidak mengubah makna) dan membandingkan satu maklumat dengan maklumat lain. Di dalam sukatan pelajaran sejarah yang terkini (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran-DSKP, bagi KSSM), pengajaran dan pembelajaran sejarah diharap akan melahirkan seorang murid yang arif dan peka sejarah. Ilmu tersebut juga dapat menyediakan mereka menghadapi cabaran masa depan dengan memahami dan menghayati peristiwa di dalamnya. Justeru, tidak memadai dengan sekadar memahami, pelajar juga diharap boleh berfikir pada aras yang tinggi. Dalam pemikiran aras tinggi seseorang pelajar yang menerima maklumat baru akan menyimpan maklumat tersebut dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang lain. Selain itu, pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi seperti menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah yang bukan rutin. Sejarah memberikan penekanan kepada pembangunan sahsiah murid di samping pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarnegaraan dan dapat menjadikan pengajaran daripada sejarah sebagai iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan serta cintakan negara.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Additional Information: | Conference Paper |
Uncontrolled Keywords: | Kesultanan Melayu Melaka; Kerajaan agraria; Pembukaan Melaka; KSSM |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences |
Depositing User: | Mr. Mohd Safri |
Date Deposited: | 06 Oct 2017 08:14 |
Last Modified: | 26 Oct 2021 00:57 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17851 |
Actions (login required)
View Item |