Arkib universiti sebagai repositori memori institusi / Siti Mawarni Salim, Noorsuzila Mohamad, Nor Edzan Che Nasir

Siti Mawarni, Salim and Noorsuzila, Mohamad and Nor Edzan, Che Nasir (2024) Arkib universiti sebagai repositori memori institusi / Siti Mawarni Salim, Noorsuzila Mohamad, Nor Edzan Che Nasir. In: Persidangan Kebangsaan Sejarah Lisan Malaysia 2024, 8-9 Mei 2024, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. (Submitted)

[img]
Preview
Slideshow
S5-P25 - Arkib universiti sebagai repositori memori institusi.pdf - Submitted Version

Download (3MB) | Preview
[img]
Preview
Text (Prosiding Persidangan Kebangsaan Sejarah Lisan Malaysia)
ProsidingPKSLM2024.pdf - Accepted Version

Download (39MB) | Preview

Abstract

Arkib universiti merupakan repositori untuk rekod, penerbitan dan artifak sesebuah universiti. Tanggungjawab untuk membangun dan mengurus arkib universiti lazimnya diserahkan kepada perpustakaan universiti berkenaan. Buat masa kini, kebanyakan universiti tertua mempunyai arkib universiti tersendiri seperti Harvard University Archives, Archives at Yale, University of Cambridge University Archives, Oxford University Archives, Kyoto University Archives, Osaka University Archive Repository, Museum of Peking University History, Tsinghua University History Museum dan banyak lagi. Di Malaysia, terdapat 20 buah universiti awam dan pelbagai jumlah universiti swasta, kampus universiti luar negara, kolej, politeknik, kolej komuniti dan kolej swasta. Sehingga kini, tiada rekod rasmi bilangan institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mempunyai arkib. Walau bagaimana pun, kebanyakan universiti awam seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai arkib sama ada sebagai satu unit tersendiri atau digabungkan dengan koleksi perpustakaan lain sebagai koleksi khas. Sehubungan dengan itu, kertas ini menjejak penubuhan awal serta perkembangan Arkib Universiti Malaya. Arkib ini bermula dengan pengumpulan rekod, dokumen serta artifak oleh Perpustakaan Universiti Malaya untuk sambutan Fortieth Anniversary of the Founding of University Education in Malaysia and Singapore atau FAFUEMAS 1949 pada 1989. Selepas itu, pihak Perpustakaan sepakat untuk menubuh sebuah arkib bagi menempatkan kesemua bahan berkaitan dengan Universiti Malaya. Ianya boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar serta penyelidik yang ingin merujuk kepada sejarah penubuhan universiti di Malaysia. Pada 1 Jun 2016, Arkib Universiti Malaya secara rasminya telah dilancarkan oleh Encik Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, dan tarikh ini merupakan tarikh lahir sebuah arkib di Universiti Malaya. Arkib ini amat penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen serta artifak warisan Universiti Malaya. Buat masa ini, pihak Arkib UM juga turut terlibat dalam menjalankan Projek Sejarah Lisan di kalangan warga UM yang telah bersara. Rakaman sejarah lisan mengenai UM boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat sejarah penubuhan dan pembangunan universiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: None
Uncontrolled Keywords: Arkib universiti; Perpustakaan universiti; Repositori memori; Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan; Universiti Malaya
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries > Collections
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information resources (General) > Information services. Information centers
Divisions: Library
Depositing User: Mrs. Siti Mawarni Salim
Date Deposited: 21 May 2024 07:11
Last Modified: 21 May 2024 07:13
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/45062

Actions (login required)

View Item View Item