Kajian kepuasan pelanggan perpustakaan Universiti Malaya 2006

Zaharah, R. and Zanaria, S.U. (2008) Kajian kepuasan pelanggan perpustakaan Universiti Malaya 2006. Kekal Abadi, 26 (1). pp. 7-12.

[img]
Preview
PDF
KA26(1)2008-A2.pdf

Download (1MB)
Official URL: http://www.umlib.um.edu.my

Abstract

Pada 2006, Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) telah menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk mengenalpasti faktor yang perlu diberi perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan kepada pengguna perpustakaan. Soalselidik yang dijalankan telah memberi maklumat tentang kepentingan sesuatu aspek perkhidmatan, koleksi dan kemudahan perpustakaan terhadap pengguna serta sejauh mana prestasi PUM dalam setiap aspek tersebut mengikut pandangan mereka. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang dipandang penting oleh pengguna perpustakaan adalah maklumat di dalam laman web, kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik, waktu pembukaan dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan. Antara aspek penting tersebut, tiga daripadanya perlu diberi perhatian oleh pihak perpustakaan untuk usaha penambahbaikan iaitu kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan kerana ia dinilai sebagai tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan oleh para pengguna. Kajian ini secara langsung telah membawa kepada usaha PUM ke arah penambahbaikan terhadap aspek penting yang dikenalpasti.

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: University of Malaya Library Bulletin
Uncontrolled Keywords: Kajian: kepuasan pelanggan
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries
Depositing User: MS NORASHIKIN ISMAIL
Date Deposited: 24 Jan 2014 16:15
Last Modified: 11 Dec 2014 04:43
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/9006

Actions (login required)

View Item View Item