Kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan guru di Malaysia

Omar, Intan Marfarrina and Mamat, Simah Kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan guru di Malaysia. In: International Conference on Teacher Education (ICTE'2022), 10-12 October 2022, Kota Bharu, Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Dr. Intan Marfarrina Omar_Kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan guru di Malaysia.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada isu kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan guru di Malaysia. Khususnya, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan hubungannya terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik digunakan sebagai kaedah kajian. Seramai 350 orang guru sekolah kerajaan di Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan digunakan dalam mengukur tahap kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental guru. Manakala, bagi menganalisis hubungan kecerdasan emosi terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru, statistik inferensi korelasi digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai persepsi yang rendah berkaitan amalan kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mentalnya. Demikian juga dapatan menunjukkan, kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap aspek impak dan strategi daya tindak sebagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengurusan kesejahteraan kesihatan mental golongan guru di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Emotions; Mental health; Teachers; Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Ms Noorsuzila Mohamad
Date Deposited: 30 May 2024 07:13
Last Modified: 30 May 2024 07:13
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/45070

Actions (login required)

View Item View Item