“Asal Terubuk Ikan Puaka; Tempatnya Konon di Laut Melaka”: Transliterasi manuskrip Melayu jawi: Inovasi dan kreativiti Pustakawan

Mahbob, Y. and Juhaida, A.R. “Asal Terubuk Ikan Puaka; Tempatnya Konon di Laut Melaka”: Transliterasi manuskrip Melayu jawi: Inovasi dan kreativiti Pustakawan. [Video] (Unpublished)

[img] Video
Asal terubuk ikan puaka tempatnya konon di laut Melaka.mp4

Download (127MB)

Abstract

Perpustakaan Universiti Malaya telah membangunkan Koleksi Manuskrip Melayu sejak tahun 1960an lagi dan kini menguruskan lebih 300 manuskrip dalam pelbagai bidang terutama kesusasteraan, kebudayaan, perubatan tradisional dan agama Islam. Sebahagian besar manuskrip Melayu ini telah didigitalkan dan disebarkan dalam talian supaya sentiasa boleh diakses dan diguna semula oleh semua orang selaras dengan inisiatif OpenGLAM (Open Galleries, Libraries, Archives and Museums) di peringkat global. Bekerja dari rumah (BDR) sepanjang pandemik COVID-19 telah menyerlahkan inovasi dan kreativiti pustakawan yang telah berjaya menerbitkan sebuah laman sesawang Manuskrip Melayu (https://sites.google.com/um.edu.my/manuskripmelayu/) dengan pengisian utamanya adalah teks penuh manuskrip yang telah ditransliterasikan. Manuskrip pertama yang ditransliterasikan dalam projek ini adalah Hikayat Penerang Hati yang dikarang pada tahun 1896. Sungguhpun transliterasi oleh pengkaji manuskrip telah banyak diterbitkan, namun ianya terhad kepada manuskrip yang popular. Masih banyak lagi manuskrip yang belum ditransliterasikan dan kini dengan adanya teknologi Web, penerbitannya menjadi lebih pantas, boleh diinovasikan dan ditambah nilai kreatif dengan paparan yang lebih membantu pemahaman dan penelitian teks. Penerbitan secara Web meluaskan sebaran manuskrip Melayu ke peringkat global. Transliterasi kepada tulisan Rumi berupaya meningkatkan bilangan pembaca manuskrip Melayu terutama dalam kalangan khalayak yang tidak arif dengan tulisan Jawi. Peranan pustakawan dalam menjayakan OpenGLAM dan warisan digital perlu dimajukan lagi bukan sahaja dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan fizikal manuskrip, malah dalam pemahaman mendalam kepada isi kandungannya.

Item Type: Video
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Manuskrip Melayu; Transliterasi; Perpustakaan Universiti Malaya; PKP; BDR
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries > Library science. Information science
Divisions: Library
Depositing User: Ms Noorsuzila Mohamad
Date Deposited: 23 May 2022 07:46
Last Modified: 23 May 2022 07:46
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/35209

Actions (login required)

View Item View Item