Unsur-unsur metrologi dalam teks-teks Melayu lama.

Denisova, T.A. (2012) Unsur-unsur metrologi dalam teks-teks Melayu lama. Unsur-unsur Metrologi dalam teks-teks Melayu Lama (kurun ke-13 – ke-19).. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
Metrologi_dlm_teks2lama.doc

Download (140kB)

Abstract

Khazanah persuratan dan historiografi Melayu Islam cukup terkenal di alam Melayu, demikian juga dalam kalangan pakar tamadun dan sejarah Melayu di seluruh dunia. Antaranya, termasuklah karya-karya sejarah yang ditulis dalam huruf Jawi seperti Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Peringatan Sejarah Negri Johor, Hikayat Siak, Tuhfat an-Nafis, dan yang lain-lain. Teks-teks tersebut merupakan sumber sejarah yang sangat penting untuk memahami sejarah sebenar alam Melayu. Justeru itu lazimnya karya-karya sejarah Melayu dianggap oleh para pengaji sebagai sumber yang kuasi-sejarah (separa sejarah), yang bukan bersejarah, dan yang tidak boleh dipercayai. Menurut pendapat mereka di dalam teks-teks tersebut dirakamkan terlalu banyak unsur-unsur mitos serta kurang tarikh-tarikh dan bahan-bahan yang yang nyata (sebenar). Sifat-sifat tersebut lebih sesuai dengan penulisan dalam genre sastra novel, tapi tidak diterima dalam karangan sejarah. Memang tidak dinafikan bahawa dalam teks-teks sejarah Melayu Islam pada kurun ke-14 hingga ke-19 ada memuatkan unsur-unsur mitologi. Kita perlu juga ingat bahawa karya sejarah dalam bentuk babad atau chronicles atau annals biasanya ditulis oleh pengarangnya atas titah sultan, untuk memuji Yang Dipertuan Besar Negara atau untuk mempromosikan kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Lazimnya teks-teks tersebut berbentuk panegyric. Lazimnya teks asli diubahsuai oleh seorang penyalin dengan keadaan politik yang baru, bila seandeinya sultan (penaung yang lama meninggal dunia) dan wakil daripada dinasti yang baru sudah naik tahta. Secara akibat muncul versi atau redaksi (redaction) yang baru yang mengandungi gambaran peristiwa-peristiwa dari sudut pandangan yang baru dan yang bersifat berlebihan dan/atau rendah. Sementara itu teks-teks Melayu Lama (sama dengan chronicle lama di mana-mana pun) mengandungi bahan-bahan/data-data yang biasanya tidak diubah secara sengaja dan tidak dijadikan subjek penyuntingan tersebut. Di antaranya misalnya maklumat tentang perjalanan laut dan atau darat dan jarak-jaraknya, sebutan tentang monsoon dan musim-musim cuaca yang lain, gambaran alam semesta, maklumat tentang susunan pasar dan barang-barang dagangan, maklumat tentang tekhnologi dan cara perbuatan barang kraftangan, metodologi pengeluaran hasil-hasil tanaman, metodologi pengeluaran bahan-bahan galian, tradisi perumahan, sistem ukuran, sistem mata duit dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut merupakan unsur sejarah yang amat penting yang menaikkan taraf penilaian teks-teks Melayu lama sebagai sumber sejarah. Hasil-hasil kajian metrologi membantu kita supaya memahami sejarah yang sebenar dan kehidupan masyarakat semasa, terutama dalam bidang ekonomi. Subjek kajian metrology boleh kita menggolongkan kepada dua bahagian utama: - artefak-artefak dalam bentuk tulisan serta maklumat-maklumat yang terdapat di dalamnya (teks-teks naratif, dokumen-dokumen yang bukan naratif, warkah, perjanjian, dan lain-lain) - artefak-artefak dalam bentuk benda (mata duit, petimbang, pembaris, alat-alat sukatan, benda-benda (tali, kayu, mangku) dengan ukuran standart dan lain-lain. Dalam teks-teks yang kita mengkaji terdapat pelbagai maklumat yang mengandungi bahan-bahan metrology. bahan-bahan tersebut boleh mengolongkan seperti berikut: - ukuran berat dan sukatan - maklumat yang berunsur numismatic - ukuran jarak yang berunsur definisi masa. - ukuran panjang dan tinggi Maklumat yang berkaitan dengan data-data metrology yang dirakamkan dalam teks-teks Melayu lama menambah taraf penilaian karya-karya historiografi Melayu dan memberi kepadanya sifat bersejarah dan sifat ilmiah. Kajian teks-teks Melayu lama menunjukkan bahawa di dalam masyarakat Melayu padakurun ke-13 hingga ke-19 digunakan pelbagai sistem metrologi, termasuklah ukuran-ukuran tempatan malah juga istilah-istilah luar (Arab, Eropah, Parsi dan lain-lain). Justeru itu. Data-data metrologi yang kita menemui sebenarnya tidak lengkap dan belum cukup supaya membandingkan nilai pelbagai ukuran dan merangka satu jadwal perseimbangan sistem-sistem ukuran yang berbeza. Data-data metrologi jarang menjadi subjek utama kajian. Bidang metrologi dalam kajian teks-teks Melayu masih dalam peringkat awal iaitu dalam peringkat pencarian dan pungutan (pengumpulan) data-data. Walaupun begitu Amat penting meneruskan kajian metrologi supaya membina semula gambaran sejarah alam Melayu dan kehidupan masyarakat Melayu yang sebenar, terutama dalam bidang ekonomi.

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Dept. of Islamic History and Civilization, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur
Uncontrolled Keywords: Metrology,Oriental Studies, Historical Source research, Malay studies,textology, Islamic Studies, Malay world, Malay history, Old Malay Text
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > C Auxiliary sciences of history (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
Depositing User: Ass.Prof. Dr. Tatiana Denisova
Date Deposited: 15 Feb 2012 07:43
Last Modified: 23 Dec 2015 02:17
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2668

Actions (login required)

View Item View Item