Zahid, I. (2018) Komunikasi berkesan: Analisis struktur pengenalan Soal Jawab TV3. In: Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Kebudayaan di Alam Melayu Ke-7, 28-29 July 2018, Lombok, Indonesia.
|
PDF (Full Text)
Kertas_Kerja_PM_Dr_Indrawati.pdf Download (233kB) |
Abstract
Tujuan komunikasi adalah untuk berinteraksi, iaitu pertukaran maklumat antara pemeran. Semasa pertukaran maklumat berlaku, pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan pemeran dalam komunikasi yang berlangsung. Ini bertujuan untuk menjayakan sesuatu komunikasi dan menghasilkan komunikasi yang berkesan. Banyak faktor yang menentukan keberkesanan komunikasi. Salah satu perkara yang dititikberatkan ialah hubungan kerjasama yang perlu ada di antara para pemeran komunikasi. Dalam hal ini Grise (1975) mengesyorkan pemeran komunikasi mematuhi Prinsip Kerjasama bagi memastikan komunikasi dapat berlangsung dengan jaya. Prinsip Kerjasama ini mempunyai empat maksim perbualan, iaitu maksim kuantiti, kualiti, hubungan dan cara. Analisis telah dilakukan pada struktur pengenalan Soal Jawab TV3 yang bertemakan PraBajet 2018. Antara metod yang digunakan dalam analisis ialah muat turun, transkripsi dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa keempat-empat maksim Grice (1975) telah dipatuhi oleh kedua-dua moderator rancangan ini. Pematuhan kepada maksim ini ditentukan oleh tiga faktor utama, iaitu prosedur penerbitan rancangan, latar belakang serta jawatan yang disandang dan kemahiran berbahasa moderator. Tiga faktor ini telah mempengaruhi pematuhan maksim yang diusulkan oleh Grice (1975). Pematuhan kepada maksim ini telah memudahkan proses pemahaman kandungan rancangan kepada khalayak dan dapat dilabelkan sebagai komunikasi berkesan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Additional Information: | Conference paper |
Uncontrolled Keywords: | Komunikasi; Maksim; Prinsip Kerjasama; Moderator; Komunikasi berkesan |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Safri |
Date Deposited: | 03 Oct 2018 09:27 |
Last Modified: | 04 Oct 2018 04:44 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/18969 |
Actions (login required)
View Item |