Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2017) Malayan Union dan Persekutuan 1948. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Tingkatan 5, 10-11 August 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
|
PDF (Full Text)
DR_AHMAD_KAMAL.pdf Download (8MB) |
Abstract
Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan. Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat. Perlembagaan Persekutuan 1948 pula, meletakkan Negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Memandangkan perbincangan mengenai Malayan Union dan Persekutuan 1948 telah banyak diperkatakan oleh para sarjana, maka kertas ini akan lebih difokuskan kepada persoalan-persoalan seperti sejauh mana mudahnya MacMichael memperoleh tandatangan Raja-raja Melayu, pelaksanaan Perlembagaan Malayan Union dan sejauh mana perlembagaan Persekutuan 1948 telah menetapkan Raja-raja Melayu pada kedudukan seperti mana sebelum tercetusnya perang. Pembicaraan mengenai ketiga-tiga aspek tersebut sememangnya suatu keperluan disebabkan masih terdapat isu dan ruang untuk diperkatakan. Menurut Simon C. Smith , „..the general concencus is that MacMichael completed his task with little real opposition from the rulers.‟Sementara itu Richard Stubbs pula menyatakan „...MacMichael was able to secure their (the Rulers) agreement to the terms of the Malayan Union with remarkably little fuss‟. Namun begitu, jika diteliti reaksi Raja-raja Melayu, misi MacMichael tidaklah semudah seperti mana yang disangkakan. Begitu juga dengan Perlembagaan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas pelbagai halangan. Persoalan mengenai kedudukan Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan 1948 perlu diberi pertimbangan yang teliti memandangkan ramai pihak yang beranggapan bahawa kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan kepada kedudukan sepertimana sebelum Perang Dunia Kedua.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Additional Information: | Conference Paper |
Uncontrolled Keywords: | Malayan Union; Perlembagaan Persekutuan 1948; Gabenor; Kerajaan pusat |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences |
Depositing User: | Mr. Mohd Safri |
Date Deposited: | 03 Oct 2017 01:17 |
Last Modified: | 20 Dec 2019 07:08 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17835 |
Actions (login required)
View Item |