Warisan Negeri-Negeri Melayu

Haris, A.H. (2017) Warisan Negeri-Negeri Melayu. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 August 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
DR_ABU_HANIFAH.pdf

Download (218kB)

Abstract

Tajuk “Warisan Negeri-Negeri Melayu” merupakan tajuk ketiga di dalam Bab 3 (Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa). Terdapat empat subtajuk yang terdapat dalam tajuk “3.1 Warisan Negeri-Negeri Melayu” iaitu “3.3.1 Johor–Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor”, “3.3.2 Kelantan Sistem Jemaah Menteri”, “3.3.3 Terengganu–Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk)”, dan subtajuk terakhir iaitu “3.4 Negeri Sembilan–Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan”. Bab 3 pula tergolong dalam Tema11 (Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat). Aspek warisan negeri-negeri Melayu dalam Tema 11 dapat dilihat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 5 seperti berikut: Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan. Secara umumnya, tajuk “Warisan Negeri-Negeri Melayu” membincangkan bagaimana sistem pemerintahan yang diamalkan Kesultanan Melayu Melayu telah diwarisi dan dijadikan model pemerintahan oleh beberapa negeri Melayu yang lain, khususnya Johor, Perak dan Pahang. Antara aspek sosiopolitik yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka ialah adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu yang diamalkan secara meluas di negeri-negeri tersebut. Hal ini menggambarkan kepentingan Kesultanan Melayu Melayu sebagai model yang menjadi rujukan negeri-negeri Melayu yang lain melihat kepada pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh Kesultanan Melayu Melayu ketika zaman kegemilangannya. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada tiga perkara. Pertama, pendedahan kepada sumber sejarah seperti dokumen berkaitan tajuk dan subtajuk. Hal ini kerana antara masalah yang dihadapi oleh guru Sejarah ialah ramai guru terus menggunakan bahan pengajaran yang sama kerana kekurangan bahan pengajaran termasuklah sumber Sejarah bagi meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, perhatian perlu diberikan bagi membekalkan bahan-bahan berbentuk pembuktian sumber seperti dokumen yang amat berguna membantu guru-guru dalam pengajaran Sejarah. Kedua, maklumat lanjut atau huraian tambahan berkaitan fakta-fakta sejarah yang terdapat dalam buku teks, tetapi tidak dibincangkan dalam buku teks. Hal ini bagi memastikan guru dapat menghuraikan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih mendalam dan lebih jelas, sekali gus dapat memantapkan pemahaman terdapat peristiwa sejarah dalam kalangan para guru, selain dapat meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Ketiga, isu atau persoalan berkaitan tajuk dan subtajuk, berserta contoh soalan termasuklah soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berkaitan. Hal ini bagi membolehkan guru membuat latihan menjawab soalan dan membincangkan soalan penting yang mungkin akan ditanya dalam peperiksaan kelak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Negeri Melayu; Kesultanan Melayu; Sistem warisan tahkta; Hukum Kanun Melaka
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 03 Oct 2017 01:39
Last Modified: 03 Oct 2017 01:39
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17834

Actions (login required)

View Item View Item