Penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan dan kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan

Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, S.N.A.S.A. and Razak, Ahmad Zabidi Abdul (2014) Penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan dan kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 34. pp. 63-82. ISSN 01265261,

[img] Microsoft Word (Article)
Artikel.penerimaan_guru.Aisya.doc - Published Version

Download (79kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang diberi dan menilai kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan iaitu kandungan, penyampai, hari dan tempoh latihan serta tempat latihan diadakan. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus. Kajian membuktikan bahawa guru-guru memandang latihan dalam perkhidmatan sebagai alat pembangunan staf; alat pembangunan profesionalisme secara berterusan dan untuk mendidik guru-guru mengenai kompetensi yang baru. Maka pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang yang lebih baik untuk menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan guru. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan pemantauan terhadap sekolah-sekolah agar perancangan latihan dalam perkhidmatan mencapai standard kualiti yang digariskan olehnya. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian bagi meningkatkan profesionalisme guru. Kata kunci: kesesuaian, latihan dalam perkhidmatan, profesionalisme keguruan

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: On job training; Education; Secondary school; Teaching
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Ms SITI NUR AISYA SUGUMARIE ABDULLAH
Date Deposited: 24 Jan 2017 07:43
Last Modified: 30 May 2019 03:44
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/16791

Actions (login required)

View Item View Item