Mohamad, M.T. and Borhan, J.T. and Sulaiman@Mohamad, A.A. (2012) Relevansi perbankan Islam mendepani cabaran ketidakstabilan kewangan. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) 2012, 04-06 Jun 2012, Ipoh, Perak.
|
PDF
PKEM2012_3D3.pdf - Published Version Download (302kB) |
Abstract
Krisis kewangan global yang melanda dunia secara tidak sedar merupakan rahmat kepada perbankan Islam dan telah meletakkan perbankan Islam sebagai tumpuan dan alternatif penting kepada perbankan konvensional. Kekuatan intrinsik dan daya tahan yang dimiliki yang berjaya ditonjolkan bukan sekadar memberikan impak terhad dan minimum pada perbankan Islam, malah telah mendorong badan-badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kekuatan dan keunikan infrastruktur perbankan Islam. Justeru, kajian ini adalah untuk mengkaji serta mengemukakan ciri-ciri spesifikasi dan daya tahan institusi yang menjadikan perbankan Islam dapat berfungsi dengan baik dalam mengharungi serta meminimumkan kesan krisis kewangan global yang berlaku. Hasil kajian mendapati kestabilan dan kekukuhan yang wujud pada perbankan Islam adalah disebabkan industri ini rata-ratanya berpaksikan pada prinsip tegahan riba, mengadaptasi prinsip perkongsian untung rugi serta konsep jualan dengan tambahan harga (mark-up price). Bagaimanapun halangan utama yang wujud yang menjadikan perbankan Islam tidak sepenuhnya stabil dan kukuh adalah disebabkan perbankan Islam masih beroperasi dalam kerangka kewangan konvensional yang menjadi kekangan utama dalam mengimplementasikan keseluruhan ciri-ciri spesifikasi yang dimiliki.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Uncontrolled Keywords: | Perbankan Islam dan Ketidakstabilan Kewangan |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Samsul Ismail |
Date Deposited: | 24 Aug 2015 00:27 |
Last Modified: | 24 Aug 2015 00:27 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13950 |
Actions (login required)
View Item |