Aplikasi pendekatan holistik dalam pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah

Osman, Z. and Othman, A.J. (2011) Aplikasi pendekatan holistik dalam pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah. In: 1st International Conference on World Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (4MB)

Abstract

Kurikulum pendidikan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu diajar secara bersepadu bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan kebangsaan Akan tetapi, kajian lalu mendapati pengajaran Bahasa Melayu masih diajar secara dikotomi dan terlalu memberi fokus kepada pengetahuan bahasa semata-mata. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan mengetengahkan satu strategi pengajaran yang diharapkan dapat memupuk potensi diri pelajar secara menyeluruh dan seimbang melalui tiga prinsip utama pendekatan ini, iaitu keseimbangan, perkaitan tranformasi. Pendekatan ini diaplikasikan di bilik darjah melalui empat strategi utama iaitu (1) pengajaran secara konteks dan natural, (2) pengajaran secara bertema, (3) keseimbangan antara pengetahuan dan kecekapan berbahasa, dan (4) pemupukan unsur kemanusiaan dan kerohanian (jiwa) melalui aktiviti dan bahan bantu mengajar bagi mengaplikasikan modul ini di bilik darjah, sembilan modul telah dibangun dan dinilai bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaannya sebelum dilaksanakan di lapangan. Sekumpulan peserta kajian dilibatkan dalam kajian ini. Penglibatan mereka dilakukan berdasarkan keperluan fasa pembangunan modul ini. Data yang dikumpulkan daripada pemerhati temu bual separa struktur, bukti dokumen, dan komen peserta kajian dianalisis bagi mendapatkan data tentang kekuatan dan kelemahan modul ini. Dapatan kajian mendapati modul ini boleh dilaksanakan dan dapat memupuk potensi diri pelajar secara menyeluruh di samping meningkat kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Pendekatan holistik, pengajaran bahasa secara menyeluruh, pendekatan bertema, prinsip holistik, kemahiran berbahasa
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 15 Jun 2015 01:08
Last Modified: 15 Jun 2015 01:08
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13571

Actions (login required)

View Item View Item