Reka bentuk kurikulum permainan video bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi tinggi awam (IPTA)

Rosman, Fuziah and Alias, Norlidah and Rahman, Mohd Nazri Abd and DeWitt, Dorothy (2014) Reka bentuk kurikulum permainan video bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi tinggi awam (IPTA). In: Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
REKA_BENTUK_KURIKULUM_PERMAINAN_VIDEO_BAHASA_MELAYU.pdf - Published Version

Download (439kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji reka bentuk kurikulum permainan video dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Objektif kajian ini adalah mendapatkan pandangan pakar terhadap jangkaan cara pelaksanaan permainan video dalam pembelajaran bahasa Melayu. Teknik fuzzy delphi (FDM) digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar dengan mengedarkan instrumen kepada 30 pakar yang dipilih daripada pelbagai bidang dan latar belakang bagi menjawab persoalan kajian. Intrumen terdiri daripada satu tema merangkumi 6 sub item bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan pakar mencapai konsensus untuk bersetuju dengan item 1 iaitu reka bentuk kurikulum berasaskan permainan video perlu disesuaikan dengan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing (nilai defuzzification: 0.680). Keseluruhannya, kesepakatan pakar adalah “sangat bersetuju”bahawa permainan video berpotensi dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing di sebuah IPTA. Impak yang dihasilkan daripada keputusan konsensus pakar menunjukkan satu kerangka baharu untuk mereka bentuk kurikulum yang berasaskan potensi permainan video sebagai medium pengajaran atau scaffolding dalam pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing di IPTA. Justeru, kajian ini mencadangkan pelaksanaan dasar pendidikan baharu kepada pihak berkepentingan khususnya kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya untuk mengetengahkan permainan video sebagai teaching aid tool kepada semua IPTA di seluruh Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum di Pusat Bahasa dan fakulti di semua IPTA wajar melihat perkembangan teknologi ini berupaya menjadikan proses pembelajaran bahasa amat menarik,interaktif dan meningkatkan motivasi sekiranya diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 31 Mar 2015 01:04
Last Modified: 01 Mar 2021 05:05
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13160

Actions (login required)

View Item View Item