Isu-isu dalam program silent mentor di Miles, University Malaya: Kajian dari perspektif hukum Islam

Abdul Rahman, N.N. and Ramli, M.A. and Shaikh Mohd Salleh, S.M.S. and Hamdan, M.N. (2014) Isu-isu dalam program silent mentor di Miles, University Malaya: Kajian dari perspektif hukum Islam. In: Islam & Ketamadunan Melayu Kemasyarakatan Dan Isu Semasa, 07 Oct 2014, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Islam_&_Ketamadunan_Melayu.pdf - Published Version

Download (7MB)

Abstract

Perkembangan dunia perubatan kini tnenimbulkan keperluan terhadap ketetapan hukum Islam yang bersifat semasa. Ini kerana kebanyakan isu baharu timbul ini tiada petunjuk secara langsung dan al-Quran serta al-Sunnah dan ia merupakan rekayasa ijtihod ulama semasa. Sehubungan dengan itu, isu yang timbul dalam dunia perubatan perlu ditangani secara tuntas dan pantas, agar amalannya dapat diselarikan dengan ketetapan hukum Islam. Secara asasnya, amalan pendermaan jasad mayat telah dijalankan di MILES (Minimally Invasive Laparo-Endoscopic Sugery) Universiti Malaya melalui program Silent Mentor. Program ini dibangunkan bagi tujuan penyelidikan perubatan dalam bentuk religious-based cum humanity, berbanding bentuk non-religious-based cum secular yang diamalkan sebelum ini. DQIQmprogram Silent Mentor, terdapat beberapa isu yang berbangkit, misalnya aurat mayat, penghormatan terhadap mayat bukan Islam, pembedahan mayat dan sebagainyQ. Namun, dalam isu ini, ia melibatkan jasad mayat orang bukan Islam yang didennakan serta penglibatan orang Islam dalam program Silent Mentor. Ini kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah memutuskan hukum pendermaan jasad maya Muslim adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan dharurah sahaja. Bagi mendapatkan data berkaitan, pengkaji telah mengadakan temu bual bersama pihak MILES dan dapatan tersebut dianalisis berdasarkan perspektif hukum Islam. Hasil kajian mendapati penglibatan orang Islam dalam program Silent Mentor diharuskan dengan meraikan syarat-syarat yang khusus.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: MILES; Silent Mentor; pendennaan jasad mayat; hukum Islam; dharurah.: tasyabbuh
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 16 Jan 2015 02:34
Last Modified: 16 Jan 2015 02:34
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11975

Actions (login required)

View Item View Item