Raihanah, A. (2006) Modifikasi teori Sulh dalam fiqh klasik berasaskan data-data kajian terbaru. Jurnal Pengajian Melayu, 17. pp. 232-252. ISSN 1823-7622,
Full text not available from this repository.Abstract
Kecenderungan institusi kehakiman Islam di Malaysia untuk meningkatkan profesionalismanya dalam mengurus dan mentadbir kes-kes telah mencetuskan idea ke arah pelaksanaan sulh. Begitu pun, oleh kerana pelaksanaannya hanya menyentuh isu-isu berkaitan kekeluargaan maka kesesuaian pemakaian teori sulh yang pernah dijelaskan dalam fiqh-fiqh klasik yang hanya mencakupi aspek pertikaian dalam mu'amalat maliyyah perlulah dianalisis untuk melihat sejauhmanakah kesesuaian aplikasinya dalam konteks semasa. Sulh merupakan satu kaedah di mana pihak-pihak kepada pertikaian mencapai penyelesaian tanpa perlu melalui proses perbicaraan. Melaluinya pihak-pihak terlibat akan lebih berpuashati dan bertanggungjawab terhadap penyelesaian yang dicapai memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh mereka sendiri. Kertas ini akan cuba melihat sejauhmana prinsip-prinsip asas sulh perlu dipertahankan di samping mencadangkan beberapa modifikasi terhadap konsep asal dan teori sulh berdasarkan data-data penemuan terbaru.
Item Type: | Article |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr. Haslan Tamjehi |
Date Deposited: | 18 Dec 2014 03:59 |
Last Modified: | 18 Dec 2014 03:59 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11436 |
Actions (login required)
View Item |