Alat penyaringan risiko malpemakanan di hospital: aplikasi untuk kesejahteraan warga emas

Harith, S. and Samsudin, S. and Mohd Yusoff, N.A. and Philip, J.H.P (2009) Alat penyaringan risiko malpemakanan di hospital: aplikasi untuk kesejahteraan warga emas. In: Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia, 10-12 Nov 2009, Bandung, Indonesia. (Submitted)

[img] Microsoft Word
Sakinah.doc - Submitted Version

Download (129kB)

Abstract

Populasi warga emas di Malaysia akan meningkat kepada 21% iaitu bersamaan dengan 7.9 juta warga emas menjelang tahun 2050. Pada tahun 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seramai 27% warga emas ini menghidap penyakit darah tinggi, manakala penyakit jantung dan diabetes mencatatkan peratusan sebanyak 16% dan 12% masing-masing. Kajian ini merupakan kajian pertama untuk menyaring risiko malpemakanan pesakit warga emas yang dimasukkan ke dalam wad di Malaysia. Alat Penyaringan Risiko Malpemakanan-Hospital (MRST-H) amat sesuai digunakan di hospital dan telah diuji kesahihan dan kebolehpercayaan. Hasil daripada pembentukan MRST-H ini boleh diaplikasi oleh jururawat, pegawai dietetik dan ahli professional kesihatan untuk mengenalpasti pesakit warga emas yang berisiko mengalami malpemakanan secara cepat, mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kepentingan pengesanan awal warga emas yang berisiko tinggi terhadap malpemakanan membolehkan intervensi pemakanan menjadi lebih berjaya dan berkesan. Usaha untuk membentuk satu alat penyaringan adalah perlu semasa individu mula dimasukKan ke dalam wad supaya membolehkan pemberian sokongan pemakanan yang segera dan agresif. Hal ini dapat mengurangkan mortaliti, memperbaiki kualiti kehidupan, bebanan ahli keluarga/penjaga dan kos rawatan perubatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine
Divisions: Faculty of Medicine
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 18 Jul 2014 00:49
Last Modified: 18 Jul 2014 00:49
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/10987

Actions (login required)

View Item View Item