Pembudayaan integriti dalam kalangan warga kampus Universiti Malaya

Samah, Nor Aishah and Mohd Nasir, Mahfuza and Abd Razak, Mohamad Nazreen (2022) Pembudayaan integriti dalam kalangan warga kampus Universiti Malaya. In: Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022, 18-20 August 2022, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Puan Nor Aishah Samah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Warga Kampus Universiti Malaya.pdf

Download (422kB) | Preview

Abstract

Integriti (Integrity) merupakan salah satu daripada lima (5) nilai teras yang dilaksanakan di Universiti Malaya (UM) selain daripada Kesungguhan (Passion), Perpaduan (Oneness), Keikhlasan (Sincerity) dan Empati (Empathy) [P.O.I.S.E]. UM percaya bahawa dalam memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi dapat dikekalkan, nilai integriti yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap warganya. Bagi memastikan nilai integriti dapat diselami dan ditunjangi dalam setiap pelaksanaan tugas, ia perlu dibudayakan dan diinstitusikan. Dalam menyokong amalan berintegriti sebagai salah satu Nilai Teras UM, Unit Integriti (UI) telah menjalankan pelbagai program kesedaran mengenai integriti kepada warga kampus. Di samping itu, kepentingan membudayakan amalan berintegriti turut diberi penekanan kepada pihak pengurusan di pusat tanggungjawab (PTj) yang perlu bersama-sama untuk menggerakkan usaha menanam nilai integriti dalam kalangan warga PTj masing-masing selari dengan pelaksanaan Nilai Teras UM. Sehubungan itu, Unit Integriti telah merangka beberapa program lagi untuk terus membudayakan amalan berintegriti dalam kalangan warga universiti dengan turut melibatkan peranan di pihak PTj. Antaranya adalah melalui pelaksanaan tiga program, iaitu (1) Peringatan Integriti; (2) Sudut Integriti di setiap PTj; dan (3) Pelantikan Felo Integriti di setiap PTj. Kertas kerja ini akan membincangkan perincian usaha dan amalan Unit Integriti UM dalam memastikan strategi pembudayaan dan penginstitusian integriti dapat berjalan dengan lancar dan selaras dengan Nilai Teras Universiti. Oleh demikian usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus yang terbaik memerlukan komitmen daripada semua pihak di dalam UM, tidak kira staf akademik, staf bukan akademik mahupun pelajar dengan mengikuti segala peraturan serta amalan-amalan terbaik. Kertas kerja ini membincangkan definisi konsep, isu fokus yang terlibat serta impak pelaksanaannya untuk dikongsikan dengan masyarakat khususnya warga Universiti Awam (UA) mengenai usaha dan inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh Unit Integriti UM ke arah membudayakan dan menginstitusikan amalan berintegriti di kalangan warga UM disamping boleh menjadi contoh amalan yang boleh dihidupkan di UA yang lain dalam usaha untuk mendidik dan menerapkan nilai integriti di kalangan penjawat awam. Tiada sumber data primer atau sekunder digunakan dalam penghasilan kertas kerja ini kerana ianya hanyalah usaha dan inisiatif Unit Integriti UM untuk berkongsi amalan terbaik dalam memastikan setiap individu warga kampus dapat menghayati dan seterusnya mengamalkan integriti dalam pelaksanaan tugas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Integrity; Universiti Malaya
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Depositing User: Ms Noorsuzila Mohamad
Date Deposited: 12 Jan 2023 06:30
Last Modified: 12 Jan 2023 06:31
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/38199

Actions (login required)

View Item View Item