Analisis pendekatan ulama Hadith terhadap Hadith Bay’ Al-Nasi’ah Dalam Sharh Sahih Al-Bukhari

Nik, M.Z.A.R. and Suliaman, Ishak (2011) Analisis pendekatan ulama Hadith terhadap Hadith Bay’ Al-Nasi’ah Dalam Sharh Sahih Al-Bukhari. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), University Malaya.

[img]
Preview
PDF (Hadith Muamalah)
M02_Nik_Mohd_Zaim_MUSNAD2011.pdf

Download (790kB)

Abstract

Sahih al-Bukhari karya Imam Muhammad bin Isma’il al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling autentik dalam kalangan kitab-kitab hadith. Ia banyak diulas oleh para ulama di sepanjang zaman mulai daripada zaman al-Khattabi (m. 387H) sehingga ke hari ini. Terdapat lebih daripada 82 buah kitab sharh hadith yang dihasilkan oleh ulama sama ada daripada Timur Tengah mahupun rantau Asia Selatan. Tulisan ini bertujuan menganalisis pendekatan para pengulas Sahih al-Bukhari terhadap hadith Bay’ al-Nasi’ah iaitu hadith yang Rasul Allah s.a.w menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi untuk membeli makanan. Imam al-Bukhari mengemukakan hadith ini sebanyak 12 kali menerusi pelbagai kitab dan bab di dalam Sahihnya. Tumpuan analisis kepada kitab-kitab shuruh hadith seperti Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, ‘Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Badr al-Din al-‘Ayni, al-Tawdih li Sharh al-Jami’ al-Sahih oleh Ibn Mulaqqin dan lain-lain. Antara pendekatan yang dikesan penggunaannya ialah pendekatan naqli dan bahasa yang melewati penjelasan tentang perkataan-perkataan tertentu dalam hadith, isnad dan para periwayat hadith, cara periwayatan dan kesimpulan dari hadith. Jelasnya, para ulama hadith mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghurai dan mengulas sesuatu hadith Nabi s.a.w.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Uncontrolled Keywords: Hadith
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Dr Ishak Hj. Suliaman
Date Deposited: 25 Aug 2011 01:31
Last Modified: 10 Jan 2020 08:31
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2043

Actions (login required)

View Item View Item