Pembelajaran capaian teks Hadith berautoriti di internet: kajian terhadap laman sesawang Islamweb

Shahril, N.Z and Muhammad, F.M.F. and Suliaman, Ishak (2011) Pembelajaran capaian teks Hadith berautoriti di internet: kajian terhadap laman sesawang Islamweb. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), University Malaya.

[img]
Preview
PDF (Haidith, Internet, Laman sesawang)
M20_Shahril_Nizam_b._Zulkipli_MUSNAD2011_2.pdf

Download (1MB)

Abstract

ICT telah memberi ruang kepada perkembangan ilmu di alam siber yang mendasari dan mengatasi sempadan geografi. Sejajar dengan perkembangan arus kemajuan tersebut, ilmu hadith dilihat tidak mundur dalam mengecap dan memanfaatkannya. Ia dapat dibuktikan melalui kewujudan beribu-ribu laman sesawang berorganisasi mahupun individu tertentu, khusus membicarakan dan menyediakan kemudahan terhadap capaian maklumat teks hadith di Internet. Justeru artikel ini merupakan analisis terhadap laman sesawang Islamweb sebagai sebuah laman web dakwah yang telah menyediakan perkhidmatan carian hadith secara pantas dan mudah melalui ruangan Mawsu‘ah al-Hadith. Berasaskan metodologi deskriptif dan analisis data, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Islamweb sebagai aplikasi pembelajaran takhrij hadith di internet berdasarkan beberapa paparan maklumat carian yang tersedia seperti: (1) Sumber hadith. (2) Kedudukannya dalam kitab dan bab. (3) Rantaian sanad berserta maklumat dan kritikan bagi setiap perawi. (4) Hukum hadith. (5) Takhrij, (6) Syawahid. (7) Atraf (8) Al-Asanid. Keberadaan Mawsu‘ah al-Hadithiyyah Islamweb ini sekali gus telah membantu para pengkaji untuk mendapatkan maklumat teks hadith berautoriti memandangkan ianya telah dikelolai oleh para ahli di lapangan hadith.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Uncontrolled Keywords: Hadith; Internet; Islamweb
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Dr Ishak Hj. Suliaman
Date Deposited: 25 Aug 2011 02:54
Last Modified: 10 Jan 2020 08:30
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2041

Actions (login required)

View Item View Item