Suliaman, I.; Mohd, A.M; Raihana, A.W; Siti, R.A.S.M.; Sumaiyah, M.T. (2011) Metodologi penulisan Zaghlul Al-Najjar dalam menganalisis teks Hadith Nabawi melalui data-data saintifik. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), University Malaya.
Abstract
Metodologi penulisan Dr Zaghlul al-Najjar dalam bukunya, „al-I„jaz al-„Ilm fi al-Sunah al-Nabawiyyiah‟ sebanyak 3 jilid telah memberikan impak baru terhadap penulisan Sharh al-Hadith atau analisis teks Hadis Nabawi melalui paparan data-data saintifik. Di dalam penulisan bukunya, beliau tetap mengaplikasikan metode klasik muhaddithin di dalam Sharh al-Hadith yang mengutamakan aspek autoriti teks melalui metode takhrij dan aspek kefahaman teks Hadith melalui metode fiqh al-Hadith yang memfokuskan terhadap aspek kefahaman istilah dalam Bahasa Arab, wurud al-Hadith dan fiqh hukum daripada teks Hadith. Metode baru yang diaplikasikan oleh Dr Zaghlul al-Najjar ialah menganalisis teks Hadith Nabawi melalui data-data saintifik. Justeru, kertas kerja ini akan memaparkan metode pembaharuan yang diaplikasikan oleh Dr Zaghlul al-Najjar di dalam bukunya al-I„jjaz al-„Ilm fi al-Sunah al-Nabawiyyiah dari aspek data-data saintifik.
Actions (login required)