Taghyir khalqillah dan transplan anggota badan atau organ: Analisis terhadap resolusi dan fatwa badan fatwa terpilih

Hamdan, M.N. and Ramli, M.A. (2018) Taghyir khalqillah dan transplan anggota badan atau organ: Analisis terhadap resolusi dan fatwa badan fatwa terpilih. In: Seminar Antarabangasa Islam dan Sains (SAIS) 2018, 8 February 2018, Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Taghyir.pdf - Published Version

Download (1MB)

Abstract

Para saintis sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan rawatan mereka kepada para pesakit melalui pelbagai cara. Antara rawatan terpenting yang pernah ditawarkan dalam sejarah perubatan adalah rawatan transplan anggota badan dan organ manusia yang mampu menyelamatkan nyawa pesakit. Pelbagai organ yang boleh dilakukan proses transplantasi bermula dari anggota badan yang ringkas seperti gigi, tulang dan kulit sehinggalah ke organ yang kompleks seperti mata, buah pinggang, jantung dan rahim. Malah, pada awal tahun 2018, seorang professor Itali bernama Canavero cuba melakukan transplan kepala di China (https://www.sde.co.ke/article/2001266397/world-s-first-human-head-transplant-successfully-carried-out). Transplan kepala ini boleh dianggap sebagai proses transplan paling rumit kerana melibatkan organ yang paling banyak sel saraf dan sel darah. Pada hari ini, kebanyakan badan fatwa utama dunia telah mengharuskan transplan organ kerana ia memberikan pelbagai manfaat kepada manusia. Namun, menelusuri sejarah hukum mengenai transplan organ, tidak semua ulama bersetuju dengan prosedur ini dengan alasan prosedur ini mengubah ciptaan Allah SWT (taghyir khalqillah), manusia tiada hak ke atas tubuh badan sendiri sehingga membenarkan mereka menderma organ mereka dan prosedur ini menyebabkan pencemaran pada kehormatan manusia (http://alchourouk.co- - - - m/157389/687/ اختلففف الفقهففف فففف التبّففف / 1 ب لأعض بين الح مة والإب حة - - - -.html).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Conference paper
Uncontrolled Keywords: Taghyir khalqillah; Transplan anggota badan; Sejarah perubatan; Perkhidmatan rawatan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 25 Apr 2018 02:05
Last Modified: 25 Apr 2018 02:05
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/18544

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year