Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

Hassan, N.M. (2017) Perjuangan pemimpin tempatan menentang British. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 August 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
DR_NORAINI.pdf

Download (184kB)

Abstract

Perbincangan mengenai perjuangan pemimpin tempatan menentang British dimuatkan dalam Bab Dua, Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003. Bab ini agak panjang iaitu sebanyak 35 halaman yang bermula pada halaman 27 dan berakhir pada halaman 62. Bab ini yang bertajuk “Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua” mempunyai dua tajuk kecil iaitu 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British dan 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua. Di bawah tajuk kecil 2.1, terdapat pula dua sub tajuk iaitu 2.1.1 Sebab-sebab Penentangan dan 2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan. Keseluruhannya, tajuk kecil 2.1 merangkumi 16 halaman daripada Bab Dua iaitu dari halaman 29 hingga 44. Perbincangan tidak sekadar dalam bentuk tulisan tetapi disertakan juga dengan grafik berupa lakaran gambar tokoh, carta, peta dan sudut maklumat. Oleh hal yang demikian, perbincangan kertas kerja ini akan cuba mengupas konten tajuk kecil 2.1 dan dua subtajuknya. Fokus perbincangan saya adalah pada subtajuk 2.1.1 Sebab-sebab Penentangan. Pada akhir kertas ini, saya senaraikan penulisan yang berkaitan untuk membantu guru-guru mendapatkan rujukan tambahan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima; Nasionalisme; Syarikat Berpiagam Borneo Utara; British
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 06 Oct 2017 08:00
Last Modified: 06 Oct 2017 08:00
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17852

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year