Keperluan dalam pembangunan Indeks Patuh Syariah dalam bidang pengubatan alternatif Islam

Ahmad, K. (2016) Keperluan dalam pembangunan Indeks Patuh Syariah dalam bidang pengubatan alternatif Islam. In: The 1st International Conference on Islam and Contemporary Issues in The Muslim World: Challenge and Way Forward, 5-6 December 2016, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
KEPERLUAN_DALAM_PEMBANGUNAN_INDEKS_PATUH_SYARIAH_DALAM_BIDANG_PENGUBATAN_ALTERNATIF_ISLAM.pdf

Download (254kB)

Abstract

Indeks Patuh Syariah merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang digunakan untuk mengukur dan menilai tahap kepatuhan sesuatu program atau usaha yang dijalankan sama ada menepati piawaian Islam serta mengenalpasti ruang pembaikan yang perlu diberi fokus bagi memenuhi keseluruhan Maqasid Syariah. Bidang pengubatan alternatif Islam adalah salah satu daripada bidang baru berkaitan dengan aspek penjagaan kesihatan bagi kesejahteraan masyarakat. Sehingga hari ini, belum ada satu piawaian yang dibangunkan dalam menilai tahap kepatuhan syariah dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa faktor keperluan kepada pembangunan Indeks Patuh Syariah Pengubatan Alternatif Islam di Malaysia memandangkan perkembangan dan pertumbuhan pusat rawatan berasaskan rawatan alternatif Islam ini sangat pesat dan mereka bebas menawarkan dan menjalankan operasi rawatan tanpa ada satu penyelarasan serta kawal selia dari pihak berwajib. Melalui analisis deduktif, data-data yang bersifat khusus dihuraikan, dibincangkan dan dilakukan analisis sehingga dapat menzahirkan faktor-faktor kepada keperluan dalam pembangunan indeks patuh syariah ini. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat enam (6) faktor keperluan iaitu [1] Membendung gejala syirik dan membetulkan tauhid (akidah); [2] Penyeragaman dalam pengendalian pusat rawatan alternatif Islam; [3] Memudahkan kawalan dan penyeliaan pihak berwajib; [4] Membendung penyelewengan dalam kaedah rawatan; [5] Memastikan kelangsungan pengubatan alternatif Islam dalam masyarakat; dan [6] Menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dari pelbagai penyelewengan yang menyimpang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Indeks syariah; Pengubatan Islam; Pengubatan alternatif Islam; Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 13 Sep 2017 07:00
Last Modified: 13 Sep 2017 07:00
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17725

Actions (login required)

View Item View Item