Fanatik beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: analisis berdasarkan pemahaman terhadap Fiqh al-Hadith

Ahmad, Khadher and Mustaffa, A. and Sedek, Ariffin and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli (2016) Fanatik beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: analisis berdasarkan pemahaman terhadap Fiqh al-Hadith. In: International Conference on Islam in Malay World VI 2016, 20 - 22 September 2016, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam.

[img]
Preview
PDF (Full text)
Khadher_Fanatik_Beragama_Full_Article.pdf

Download (1MB)

Abstract

Dalam masyarakat Islam di Malaysia, mekanisme beragama dapat dilihat dalam pelbagai suasana dan keadaan bergantung kepada pemahaman terhadap ajaran agama itu sendiri. Sekalipun agama Islam itu bersumberkan kepada al-Quran yang tunggal dan berpandukan kepada ajaran yang hanya dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi dalam menzahirkan kefahaman dalam kalangan masyarakat adalah berbeza. Dari itu, lahirkan pelbagai golongan yang memenisfistasikan agama dengan pelbagai keadaaan sehingga wujudnya golongan yang bersifat sederhana, golongan yang fanatik (ekstrem) dan golongan yang sesat. Melalui metode analisis deduktif dan induktif, artikel ini bertujuan untuk mengumpulkan hadith berkaitan dengan fanatik beragama dan menjelaskan pengistilahan dalam hadith yang merujuk kepada fanatik beragama serta menjelaskan pemahaman berdasarkan perbincangan dalam fiqh al-Hadith. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat lima (5) hadith yang menjadi asas perbincangan berkaitan dengan fanatik beragama dari sudut landasan teori dan pemahaman berkaitan dengannya dengan merujuk kepada tiga tema utama iaitu [1] Larangan Melampaui Batas, Extreme atau Memberatkan Sesuatu; [2] Larangan Mengada-adakan Sesuatu Baharu Berkaitan Agama dan [3] Agama itu Mudah dan Tidak Memberatkan atau Membebankan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Religion extremist; Bid’ah; Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 13 Oct 2016 08:06
Last Modified: 18 Dec 2019 07:17
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/16536

Actions (login required)

View Item View Item