Manhaj wasatiyyah dalam menangani fenomena sinkretisme dalam 'urf dan adat masyarakat bajau: Kajian di daerah Semporna Sabah

Syamsul Azizul, M. and Abdul Qayyuum, A. and Mohd Anuar, R. (2015) Manhaj wasatiyyah dalam menangani fenomena sinkretisme dalam 'urf dan adat masyarakat bajau: Kajian di daerah Semporna Sabah. In: Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis)2015, 10 Jun 2015, Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[img]
Preview
PDF (Full text)
0001.pdf

Download (4MB)

Abstract

Negeri Sabah mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang dilatari dengan keunikan dan perbezaan budaya yang tersendiri dengan masyarakat lain. Pertembungan budaya dan kepercayaan agama telah melahirkan satu entiti hybrid yang menarik dan dikenali dalam khazanah disiplin ilmu fiqh budaya sebagai sinkretisme. Objektif kajian ini cuba mengemukakan kaedah Islam dalam menangani fenomena sinkretisme dalam 'urf dan adat masyarakat bajau di daerah semporna Sabah. Dalam menghadapi sinkretisme antara amalan tradisi dengan ajaran Islam, muncul dua kelompok yang mengambil pendekatan berbeza dalam isu ini. Kelompok pertama adalah golongan yang berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan menghukumkan bidaah segala amalan masyarakat bajau yang tidak sejajar dengan al-quran dan al-sunnah. Kelompok kedua pula adalah golongan yang dapat menerima sinkretisme secara keseluruhan. Oleh itu, manhaj wasatiyyah perlu diguna pakai dalam menangani fenomena tersebut bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat bajau. Hasil kajian mendapati,terdapat banyak gejala sinkretisme yang berlaku di kalangan adat resam masyarakat bajau yang sukar diketahui sama ada adat resam tersebut merupakan ajaran Islam yang tulen atau peninggalan tradisi silam pra-Islam. Justeru, manhaj wasatiyyah diaplikasikan agar dapat memberikan jawapan tuntas bernubunq dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat bajau khususnya di daerah semporna Sabah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Manhaj wasatiyyah, sin kre tisme, adat tradisi, Semporna.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 13 Nov 2015 08:02
Last Modified: 13 Nov 2015 08:02
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14749

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year