Keperluan terhadap rawatan alternatif Islam: Tinjauan di zon selatan semenanjung Malaysia

Mohd Farhan, M.A. and Khadher, A. and Anuar, R. (2015) Keperluan terhadap rawatan alternatif Islam: Tinjauan di zon selatan semenanjung Malaysia. In: Seminar Antarabangsa " Islam di Alam Melayu kali ke-V ", At College of Islamic Studies Prince of Songkla University, Pattani, Thailand.

[img]
Preview
PDF (Full text)
0001.pdf

Download (7MB)

Abstract

Pengubatan tradisional dan komplimentari (PTK) atau dalam istilah Inggeris Complementary and Alternative Medicine (CAM) adalah berbeza mengikut negara, lokasi geografi, latar belakang etnik, sosio-ekonorni dan agama. Budaya rawatan terhadap masyarakat dalam negara multi-ethnic seperti Malaysia memerlukan pemahaman terperinci berkenaan budaya setempat (local culture), kepercayaan (religiousbelief) dan amalan tradisional (traditional practice) masyarakat setempat. Kajian oleh World Health Organisation (WHO) menunjukkan 80% populasi negara membangun dan 65% populasi negara maju bergantung kepada PTKdalam penjagaan kesihatan. Kajian dari tahun 2013 hingga 2014 memperlihatkan satu nilai signifikan penglibatan masyarakat Muslim dalam bidang perubatan alternatif di Malaysia. Kehendak terhadap keperluannya meningkat mend adak sehinggakan wujud pelbagai jenis bentuk rawatan alternatif di Malaysia. Rawatan alternatif yang dimaksudkan ialah rawatan berasaskan ruqyah, aura, batin, homeopati dan sebagainya.Salah satu kaedah rawatan alternatif yang semakin diberi perhatian di Malaysia ialah rawatan alternatif berteraskan Islam.Pada tahun 2015, dianggarkan telah wujud lebih 200 pus at rawatan alternatif berteraskan Islam berdaftar di seluruh Malaysia. Peningkatan populariti dan penggunaan rawatan altematif Islam yang semakin meluas jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan semasa. Perkembangannya memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti.Walaubagaimanapun, sehingga kini 'baseline data' berkenaan rawatan alternatif Islam sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memaharni "pattern "penerimaan masyarakat terhadap Islamic medicine. Melihat kepentingannya, penelitian dilakukanbagi mengukur persepsi masyarakat dari sudut pengetahuan tentang rawatan altematif Islam, para pengamal, khidmat rawatan disediakan dan prospek masa depan rawatan altematif Islam di Malaysia. Para responden terdiri dari 148 orang para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif sekitar zon selatan Semenanjung Malaysia (iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Jo~or). Berdasarkan edaran borang soal selidik berstruktur kepada para pesakit yang mengunjungi pusatpusat rawatan Islam di kawasan kajian, dilakukan analisis menggunapakai perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Rumusan kajian mendapati "Islamic Medicine" lebih berperanan kepada masyarakat Muslim di zon kajian berbap.ding perubatan alternatif lain. Kepentingannya dalam merawat penyakit tidak dapat dinafikan. Persepsi masyarakat berhubung prospek rawatan alternatif Islam di zon terbabit amat memberangsangkan.Hal ini menunjukkan kepekaan, keperluan dan sokongan populasi setempat terhadap rawatan alternatif Islam.Didapati faktor utama masyarakat Muslim menggunakan cara rawatan .alternatif disebabkan kelemahan sistem rawatan moden merawat penyakit tertentu. Makalah ini berguna sebagai daya usaha terkini memahami pemikiran masyarakat Malaysia berhubung perubatan alternatif Islam seiringkeperluan masa kini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Rawatan Alternatif Islam, Persepsi, Keperluan, Penerimaan, Potensi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 07 Nov 2015 01:39
Last Modified: 07 Nov 2015 01:39
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14609

Actions (login required)

View Item View Item