Che Nordin, M.K.N. (2015) Perbahasan baik dan buruk (al-husn wa al-qubh) menurut asha'irah dan kerelevenannya dalam mendepani faham nihilisme. In: Seminar serantau sumbangan ulama asha'irah dan maturidiyyah dalam pemantapan akidah Islamiah, 18-20 Ogos 2015, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.
|
PDF
mohd_khairul_naim.pdf Download (10MB) |
Abstract
Secara umumnya setiap ajaran agama dan falsafah tidak terlepas dari membincangkan persoalan baik dan buruk. Namun masyarakat dunia seawal abad ke-20 telah diperkenalkan dengan suatu faham pesimisme ekstrem yang melihat tiada apa yang disebut sebagai 'nilai'. Aliran yang kemudiannya dinamakan sebagai nihilisme ini merupakan aliran radikal skeptisme yang 'tidak berpegang dengan apa-apa', semua kewujudan dilihat tidak mempunyai makna dan sekaligus mematikan kerangka epistemologi, memusnahkan autoriti agama dan menghilangkan aspek tujuan dalam moraliti. Dari sudut yang berbeza, Islam sebagai sebuah agama telah menyediakan suatu sistem nilai yang objektif, sejagat dan mutlak. Ia terbukti lengkap apabila ajarannya telah dan masih dian uti oleh manusia pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat sejak zaman berzaman di seluruh dunia. Dalam mendepani cabaran nihilisme ini, aliran Asha'irah merupakan aliran yang telah menyediakan suatu kerangka kukuh dengan meletakkan keautoritarian wahyu sebagai penentu nilai. Kertas kerja ini akan membahaskan persoalan baik dan buruk menurut pandangan Asha 'irah dan perbandingannya dengan nihilisme sebagai suatu produk pascamodenisme.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought |
Depositing User: | Mr. Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 03 Nov 2015 00:26 |
Last Modified: | 03 Nov 2015 00:26 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14307 |
Actions (login required)
View Item |