Program dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kebangsaan kepada saudara muslim: Satu tinjauan dari segi pendidikan

Abdullah, N.A.M.T. and Abdul Kadir, F.A. and Tibek, S.R. and Abdullah, A. (2012) Program dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kebangsaan kepada saudara muslim: Satu tinjauan dari segi pendidikan. In: International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, 01-02 June 2012, Mecca, Saudi Arabia.

[img]
Preview
PDF
PROGRAM_DAKWAH_ISLAMIAH_PERTUBUHAN_KEBAJIKAN_ISLAM.pdf - Published Version

Download (280kB)

Abstract

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO memainkan peranan yang penting dalam usaha dakwah Islamiah dan kebajikan masyarakat di Malaysia, terutamanya dakwah kepada Saudara Muslim. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PERKIM untuk memantapkan hal ehwal yang berkaitan dengan Saudara Muslim. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan program dakwah PERKIM kepada Saudara Muslim. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati program dakwah Islamiah oleh PERKIM Kebangsaan kepada Saudara Muslim adalah berdasarkan lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM iaitu melalui dakwah, pendidikan, kebajikan, kerjasama dalam bidang agama Islam dan penerbitan. Kajian ini menumpukan kepada program pendidikan dari PERKIM kepada sasaran dakwahnya iaitu Saudara Muslim khususnya dalam kajian ini. Dalam usaha merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mengaplikasikan program dakwah Islamiah secara sistematik, berdasarkan kerja-kerja kebajikan, pendidikan khidmat masyarakat dan penerbitan ilmiah yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua sasaran dakwah dan sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam. Dakwah Islamiah yang efektif ini merealisasikan pembentukan Saudara Muslim yang lestari dan berdikari sepanjang zaman.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 22 Sep 2015 00:04
Last Modified: 22 Sep 2015 00:04
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14088

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year