Penguasaan bacaan hukum nun sakinah dalam tilawah Al-Quran pelajar-pelajar bermasalah penglihatan di Malaysia

Zakaria, H.B. and Awang @ Husain, M.H. and Tamuri, A.H. (2012) Penguasaan bacaan hukum nun sakinah dalam tilawah Al-Quran pelajar-pelajar bermasalah penglihatan di Malaysia. In: International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, 01-02 June 2012, Mecca, Saudi Arabia.

[img]
Preview
PDF
PENGUASAAN_BACAAN_HUKUM_NUN_SAKINAH.pdf - Published Version

Download (273kB)

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan hukum nun sakinah dalam kalangan pelajar bermasalah penglihatan di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar bermasalah penglihatan peringkat menengah atas dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi seluruh Malaysia. Satu ujian bacaan berdasarkan sukatan Asuhan Tilawah al-Quran, komponen mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah ditadbir bagi menguji tahap penguasaan bacaan alQuran pelajar dari aspek nun sakinah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar tidak mencapai tahap penguasaan yang memuaskan dalam bacaan al-Quran berdasarkan hukum nun sakinah. Min tahap penguasaan pelajar berada pada tahap yang sangat lemah dengan min keseluruhan = 19.57, sisihan piawai=27.09. Dapatan juga mendapati terdapat perbezaan skor min dalam penguasaan hukum nun sakinah di antara pelajar-pelajar buta (min=38.15) dengan pelajar-pelajar rabun (min=10.55) dan juga di antara pelajar-pelajar yang telah khatam al-Quran (min=33.13) dengan pelajar-pelajar yang belum khatam alQuran (min=11.92). Penemuan ini menimbulkan pelbagai persoalan untuk dibincang dan diketengahkan. Diharap kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam Pendidikan al-Quran pelajar-pelajar bermasalah penglihatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Sep 2015 01:09
Last Modified: 23 Sep 2015 01:09
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14087

Actions (login required)

View Item View Item