Kerelevanan program pengajian undang-undang Islam dalam mendepani cabaran semasa: Pengalaman Universiti Malaya

Ismail, S.Z. and Awang Mat, M.Z. (2012) Kerelevanan program pengajian undang-undang Islam dalam mendepani cabaran semasa: Pengalaman Universiti Malaya. In: International Conference on Research In Islamic and Arabic Language Education 2012, 01-02 June 2012, Mecca, Saudi Arabia.

[img]
Preview
PDF
KERELEVANAN_PROGRAM_PENGAJIAN_UNDANG-UNDANG.pdf - Published Version

Download (217kB)

Abstract

Pengajian Undang-Undang Islam di Universiti Malaya bertujuan untuk menyediakan graduan yang bakal menceburi bidang kehakiman dan perundangan Islam. Sejak 2008 Universiti Malaya menerusi Akademi Pengajian Islam telah menawarkan program baru yang dinamakan Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang. Program ini merupakan penambahbaikan kepada program sedia ada iaitu program Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang). Program lama memakan masa tiga tahun dan untuk membolehkan graduan program ini memasukki skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan Islam, mereka disyaratkan mengambil Diploma Amalan Kehakiman dan Pentadbiran Islam (DAIJ). Dengan adanya program baru yang memakan masa empat tahun, mereka yang bergraduat sudah tidak perlu mengambil diploma berkenaan. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana kurikulum pengajian BShL digubah, penggunaan teknologi dalam pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar dan mekanisme latihan industri digunakan bagi membolehkan APIUM melahirkan graduan yang berketrampilan dan seterusnya menjamin employability graduan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Sep 2015 01:09
Last Modified: 23 Sep 2015 01:09
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14086

Actions (login required)

View Item View Item