Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian qiraat di Jabatan Al-Quran dan Al-Qiraat, KUIS: Satu tinjauan awal

Daud, Zainora and Adi, Muhammad Fairuz A. and Abdullah, Mustaffa (2012) Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian qiraat di Jabatan Al-Quran dan Al-Qiraat, KUIS: Satu tinjauan awal. In: International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, 01-02 June 2012, Mecca, Saudi Arabia.

[img]
Preview
PDF
KAEDAH_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_PENGAJIAN_QIRAAT.pdf - Published Version

Download (378kB)

Abstract

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kaedah p&p pengajian Qiraat yang dilaksanakan di JTQQ kerana silibus Qiraat merupakan salah satu subjek utama dalam kurikulum pengajian tahfiz al-Quran dan al-Qiraat semenjak penubuhannya pada Mei 2002. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan 21 orang pelajar semester 6 dan 4 orang pensyarah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriptif melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan pelbagai metod seperti soal selidik, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang diaplikasi di dalam kelas berada pada tahap yang tinggi iaitu memuaskan di dalam item kaedah hafazan, kaedah tasmik, kaedah talaqqi dan musyafahah, kaedah membaca wajah-wajah Qiraat beserta contoh-contohnya, membuat rajah dan peta minda, menyalin nota, menggunakan buku teks dan buku rujukan, memberi motivasi dan menarik minat pelajar, kecuali pada item penggunaan kaset dan VCD. Lantaran itu, penambahbaikan terhadap aspek penggunaan alat bantu mengajar yang lebih moden seperti penggunaan komputer, bahan multimedia, internet dan sebagainya wajar dilakukan agar dapat menarik perhatian dan minat para pelajar serta meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para pelajar di dalam bidang pengajian Qiraat. Kesimpulannya, kaedah pengajaran yang efektif dan bersesuaian mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang memberi kesan positif terhadap pemahaman dan penguasaan para pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pengajian Qiraat, pengajaran dan pembelajaran Qiraat, Jab. Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Sep 2015 01:09
Last Modified: 09 Oct 2018 07:11
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14085

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year