Rahsia kepimpinan Islam dan kejayaan negara menurut huraian Al-Quran

Mohamad, S. and Abdullah, A.N. and Mohamed Adnan, M.A. (2012) Rahsia kepimpinan Islam dan kejayaan negara menurut huraian Al-Quran. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(343-357).pdf - Published Version

Download (295kB)

Abstract

Institusi Kepimpinan telah diberikan kedudukan yang sangat penting dalam ajaran Islam kerana peranannya sebagai ketua masyarakat dan negara sehingga Rasulullah s.a.w telah mengambil sikap yang tegas menolak permintaan Abu Zar supaya Baginda melantik beliau sebagai pemimpin. Rasulullah s.a.w memberi ingatan keras kepada Abu Zar yang masih berhasrat untuk memegang jawatan utama di Madinah dengan katanya: Sesungguhnya ia (kepimpinan itu) adalah satu kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang dapat melaksanakannya dengan adil dan amanah. Ini merupakan sebahagian daripada rahsia kepimpinan yang dibawa oleh Islam yang menjadi asas penting kepada kejayaan negara. Kepimpinan silam yang mengamalkan rahsia-rahsia al-Quran telah berjaya menempa sejarah kegemilangan seperti yang ditunjukkan dalam kepimpinan Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin. Namun begitu rahsia-rahsia kepimpinan ini telah diabaikan oleh golongan pemerintah umat Islam pada zaman mutaakhir, lalu menyebabkan kepimpinan negara menjadi pincang dan disalahgunakan untuk kepentingan diri dan puak, bukan lagi menjaga kemaslahatan ummah. Sejarah keruntuhan negara yang dipaparkan oleh al-Quran sebenarnya tidak jauh bezanya dengan situasi semasa. Ia banyak menyentuh kedudukan kepimpinan yang rakus dan zalim sebagai punca kemusnahan tersebut. Oleh itu rahsia-rahsia kepimpinan di dalam al-Quran merupakan ubat terbaik bagi mengatasi kepincangan kepimpinan semasa, seterusnya mengembalikan kegemilangan institusi kepimpinan yang dibawa oleh Islam? Bertolak dari situ kertas ini akan cuba mengajak umat Islam kembali kepada rahsia a-Quran dalam menggarap keunggulan dan keunikan sistem kepimpinan Islam agar dapat memberikan panduan yang tepat dan lengkap dalam membentuk pemimpin Rabbani yang sedia berkhidmat sepenuhnya untuk Islam dan Umatnya. Insya’ Allah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 22 Sep 2015 01:10
Last Modified: 22 Sep 2015 01:10
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14054

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year