Kemukjizatan biologi dalam Al-Qur’an dari perspektif sains : Satu tinjauan

Ibrahim, Mohamed Akhiruddin and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli and Abdul Aziz, Azniwati (2012) Kemukjizatan biologi dalam Al-Qur’an dari perspektif sains : Satu tinjauan. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(213-224).pdf - Published Version

Download (202kB)

Abstract

Al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diutuskan oleh Allah s.w.t sudah pasti mempunyai banyak keunikan. Ia mencakupi keistimewaan dalam pelbagai disiplin ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia. Antaranya ialah ilmu biologi yang mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Secara umumnya sains biologi terbahagi kepada beberapa bidang antaranya anatomi, biofizik, biogeografi, biokimia, biologi laut, biologi molekul, biologi sel, botani, bioteknologi, fisiologi, mikrobiologi, paleontologi, patologi, virologi dan zoologi. Dalam al-Qur’an terdapat beberapa tanda secara tidak langsung yang menunjukkan kaitan beberapa bidang dalam bidang ilmu biologi ini. Penerokaan sains moden terhadapnya telah berjaya menyingkap keunikan beberapa isu yang telah dinyatakan dalam kitab suci ini dari perspektif sains. Kajian ini menampilkan beberapa contoh ayat al-Qur’an yang dilihat penjelasannya dari sudut beberapa bidang biologi yang telah dinyatakan. Ayat berkenaan diterjemahkan kemudian diulas berdasarkan penemuan dari kajian sains yang dilakukan oleh penyelidik. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t ini memberi isyarat terhadap keunikan banyak bidang dalam ilmu biologi, setelah dilakukan kajian dan pemerhatian oleh penyelidik zaman moden.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Al-Qur’an, Sains, Biologi, Kemukjizatan.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 22 Aug 2015 06:09
Last Modified: 18 Dec 2019 07:17
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13997

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year