Ikhtilaf qiraat kitab turjuman Al-Mustafid oleh Syeikh Abd Rauf Al-Fansuri: Satu sorotan

Ibrahim, M.L. and Mokhtar, A.B. (2012) Ikhtilaf qiraat kitab turjuman Al-Mustafid oleh Syeikh Abd Rauf Al-Fansuri: Satu sorotan. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(178-194).pdf - Published Version

Download (234kB)

Abstract

Kitab Turjuman al-Mustafid telah diketahui umum adalah sebuah karya tafsir pertama yang lengkap muncul di alam Melayu. Karya ini telah mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan sarjana Islam malah ia telah menarik perhatian sarjana Barat. Pengarang karya ini iaitu Syeikh Abd al-Rauf al-Fansuri adalah salah seorang tokoh yang terkenal di Nusantara sebagai ulama yang menguasai berbagai bidang ilmu. Beliau bukan sahaja menguasai bidang-bidang ilmu yang dikuasai oleh ulama sezaman dengannya seperti ilmu tauhid, fekah dan tasawuf tetapi beliau turut menguasai bidang yang jarang dikuasai oleh ulama sezaman dengannya iaitu bidang qiraat. Melalui karya beliau Tujuman al-Mustafid dapat dirumuskan bahawa beliau adalah tokoh yang pertama memperkenalkan ilmu qiraat di rantau ini. Maka objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan karya ini dari sudut ilmu qiraatnya yang merangkumi metodogi penulisan ikhtilaf qiraat dan tawjih qiraat. Manakala metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan sepenuhnya kerana segala maklumat dan data hanya diperolehi dari perpustakaan dan internet. Data diproses secara kualitatif mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu qiraat dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati al-Fansuri telah berjaya memperkenalkan beberapa ikhtilaf riwayat qiraat yang mutawatirah bersesuaian dengan kitab-kitab qiraat yang muktabarah dan mendatangkan tawjih qiraat pada perkataan-perkataan yang terpilih.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Al-Fansuri, Qiraat, Turjuman Al-Mustafid dan tafsir
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 22 Aug 2015 06:07
Last Modified: 22 Aug 2015 06:07
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13995

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year