Penggunaan gaya bahasa metafora dalam Al-qur’an: Satu tinjauan awal

Izham, Siti Sarah and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli (2012) Penggunaan gaya bahasa metafora dalam Al-qur’an: Satu tinjauan awal. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(143-153).pdf - Published Version

Download (234kB)

Abstract

Al-Qur’an diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk dan panduan, Kandungannya sarat dan padat dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tidak dapat dinafikan. Antara kehebatannya yang sangat ketara adalah dari sudut bahasanya. Al-Qur’an menggunakan bahasa yang sangat puitis dan sukar untuk ditandingi, contohnya ketika al-Qur’an menggunakan elemen metafora. Namun, ketika pengungkapan elemen metafora, ianya tidak berapa di rasai dan difahami oleh masyarakat Melayu terutamanya lantaran kerana kesukaran dalam memahami bahasa Arab. Justeru itu, kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk memperlihatkan bahawa al-Qur’an diturunkan dengan menggunakan gaya bahasa yang terunggul, mempersonakan kalbu dan menyentuh perasaan yang halus kepada pendengar melalui salah satu dari elemen ilmu retorik Arab iaitu gaya bahasa metafora. Analisis dilakukan dengan merujuk ilmu kesusasteraan Melayu dan Arab. Seterusnya mencari titik persamaan antara keduanya. Kemudian mengambil beberapa ayat al-Qur’an sebagai contoh metafora di dalam al-Qur’an. Melalui kajian ini, dapat menunjukkan bahawa terdapat elemen metafora di dalam al-Qur’an yang kurang disedari kewujudannya. Tuntasnya, al-Qur’an itu merupakan kalamullah yang terhias bahasanya dengan suatu keindahan yang tidak terdapat pada kalam manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 20 Aug 2015 07:57
Last Modified: 18 Dec 2019 07:37
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13993

Actions (login required)

View Item View Item