Aplikasi elemen saintifik dalam tafsir Al-quran: Satu pengamatan awal terhadap Manhaj Zaghlul Al-Najjar dalam tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah fi Al-Quran Al-Karim

Amir, S. and Abd Razzak, M. and Mohd Yusoff, M.Y.Z. (2012) Aplikasi elemen saintifik dalam tafsir Al-quran: Satu pengamatan awal terhadap Manhaj Zaghlul Al-Najjar dalam tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah fi Al-Quran Al-Karim. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(127-142).pdf - Published Version

Download (806kB)

Abstract

Perkembangan sains dan teknologi kini sejajar dengan urbanisasi keilmuan menuntut telahan analitis umat Islam untuk lebih memahami maqasid al-Quran dalam multi dimensi selaras dengan fraksi syar’i. Justeru manhaj yang telah diperkenalkan oleh Prof Dr. Zaghlul al-Najjar melalui teknik penafsiran saintifik dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim telah memberikan impak yang positif dalam memahami bait tauhidik selaras dengan konteks semasa. Melalui metode analisis data-data saintifik, beliau cuba membahaskan ayat al-Quran khasnya ayat-ayat al-Kawniyyah yang meliputi aspek penciptaan alam semesta (astronomi, astrologi, geologi dan fenomena alam), kesihatan dan penciptaan makhluk (embriologi, arkeologi, fisiologi). Walaupun argumentasi saintifik lebih menonjol dalam penulisan beliau, aplikasi metode klasik dalam mensyarahkan ayat-ayat al-Quran turut diketengahkan khasnya dalam memahami kalimah al-Quran melalui dimensi lughowi. Justeru dalam makalah ini, penulis akan menyoroti metodologi Prof. Dr. Zaghlul alNajjar dalam berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran melalui penemuan data dan emperikel saintifik di dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 20 Aug 2015 07:57
Last Modified: 20 Aug 2015 07:57
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13992

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year