Khilafiyah furu‘iyyah: Satu tinjauan pandangan HAMKA dalam fafsir Al-Azhar

Abdullah, A.H. and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli (2012) Khilafiyah furu‘iyyah: Satu tinjauan pandangan HAMKA dalam fafsir Al-Azhar. In: The 2nd Annual International Qur'anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
(85-105).pdf - Published Version

Download (266kB)

Abstract

Khilafiah adalah merupakan petanda bahawa suatu bangsa dalam sesebuah negara itu bebas berpegang dengan suatu fahaman dan mempunyai semangat toleransi yang tinggi. Umat Islam di Indonesia lebih banyak bersatu daripada berpecah belah. Mereka hanya berselisih pendapat dalam perkara cabang (furu‘) dan bukannya dalam hal dasar (usul). Walaupun kadang-kadang berlaku perbezaan pendapat, namun umat Islam hendaklah berlapang dada serta tidak saling tuduh menuduh di antara satu sama lain. HAMKA melalui Tafsir Al-Azharnya tidak ketinggalan mengupas persoalan ini, kupasan beliau merangkumi kebaikan dan keburukan khilafiah. Seterusnya kertas kerja ini juga akan membicarakan tentang khilafiyah yang berkaitan usalli, ru’yah dan hisab, bilangan rakaat tarawih serta bacaan qunut. HAMKA banyak bertoleransi dalam soal khilafiah dan tidak terlalu menimbulkan pertentangan dalam soal ini, keadaan ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang ulama yang amat rasional dalam berfikir, dengan ini ramai daripada kalangan kelompok lain dapat menerima kehadiran dan pendapat beliau.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 20 Aug 2015 07:54
Last Modified: 18 Dec 2019 07:25
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13989

Actions (login required)

View Item View Item