Pedagogi responsif budaya satu dimensi pendidikan global

Maaruf, S.Z. and Siraj, Saedah (2011) Pedagogi responsif budaya satu dimensi pendidikan global. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (9MB)

Abstract

Pendidikan Pelbagai budaya merupakan satu isu pendidikan global yang turut dihadapi oleh seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.Kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh semua kaum utama di Malaysia perlu didedahkan kepada generasi muda menerusi sistem pendidikan agar mereka memiliki pengetahuan dan kesedaran bukan sahaja untuk memahami malah terus menghormatinya serta mengekalkan kesefahamanan dan toleransi di kalangan mereka bukan sahaja semasa mereka berada di dalam alam persekolahan malahan juga sehingga ke alam pekerjaan kelak. Pendekatan pendidikan pelbagai budayajuga boleh membantu memupuk perpaduan di kalangan pelajar kerana ia akan memberikan pelajar kefahaman tentang budaya kaum lain dan mereka boleh lebih bersikap bertoleransi sesama mereka apabila wujud kesedaran dan kefahaman tentang amalan, budaya serta nilai kesenian sesebuah kaum, Di sini jelas menunjukkan bahawa kita perlu melakukan perubahan dalam sistem pendidikan dengan cara menggunakan pendekatan pedagogi responsij budaya yang lebih memberi ruang kepada elemen pengetahuan dan juga kesedaran pelbagai budaya didedahkan dan dipelajari oleh pelajar agar mereka lebih peka kepada am alan budaya masyarakat di sekeliling mereka. Pendekatan yang sebegini diperlukan kerana pendidikan adalah dinamik serta sikap, hubungan serta nilai dalam masyarakt bukan sahaja berubah malahan melalui pergerakan paradigma seperti dari tradisional kepada moden dan lebih liberal.Tambahan lagi, perubahan yang berlaku juga mengambil adunan yang dicedok dari pelbagai sumber mengikut perkembangan ideologi, pergerakan atau imigrasi masyarakat juga perkembangan sejarah negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 16 Jun 2015 07:59
Last Modified: 18 Oct 2018 06:27
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13586

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year