Anjakan corak pengajaran kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah

Darus, F. and Mohd Saat, R. (2011) Anjakan corak pengajaran kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah. In: 1st International Conference on World Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (3MB)

Abstract

Kemahiran membuat hipotesis: salah satu kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran proses sains bersepadu yang mula diperkenalkan dalam Tahap II sekolah rendah dan terus dikembangkan di sekolah menengah. Sejauhmankah murid sekolah rendah di Malaysia boleh dikategorikan mencapai tahap baik dalam penguasaan kemahiran membuat hipotesis bergantung kepada corak pengajaran dari pembelajaran sains di sekolah rendah. Amalan guru dalam pengajaran sains harus diselaraskan dengan keperluan dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membolehkan penguasaan kemah iran membuat hipotesis dalam kalangan murid. Fenomena yang sering berlaku di mana pengajaran pembelajaran di sekolah berorientasikan peperiksaan sedikit sebanyak telah mengubah hala tuju guru untuk membantu murid ke arah penguasan kemah iran proses sains khususnya kemahiran membuat hipotesis. Penekanan kepada menjawab soalan peperiksaan secara latih tubi menjadikan murid cenderung untuk menghafal dan bukan menguasai kemahiran. Walaupun pelaksanaan eksperimen secara resipi, namun guru perlu membawa murid kepada cabaran minda sedar melalui teknik penyoalan yang berkesan untuk membantu murid menganalisis situasi berkeupayaan untuk memahami eksperimen secara menyeluruh dan membina penguasaan kemahiran membuat hipotesis. Langkah pengajaran kemahiran membuat hipotesis: Pengesanan Penguasaan Kemahiran (PPK) dapat membantu guru mengajar kemahiran membuat hipotesis. Dengan PPK ini guru perlu melakukan anjakan dalam pengajaran sains dengan memperincikan aktiviti yang dilakukan oleh murid berdasarkan kemampuan mereka apa yang mereka lakukan. bagaimana mereka melakukannya dan mengapa mereka melakukan dalam usaha penguasaan kemahiran membuat hipotesis yang menyeluruh dan bukan hafalan semata-mata.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Kemahiran membuat Hipotesis. Amalan guru, Pengajaran Berorientasikan peperiksaan komponen kemahiran. Pengesanan Penguasaan Kemahiran (PPK)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 16 Jun 2015 07:02
Last Modified: 16 Jun 2015 07:02
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13569

Actions (login required)

View Item View Item