Hak asasi bukan Muslim di Malaysia: Analisis isu terpilih

Meerangani, K.A. and Marinsah, S.A. and Ahmad Termimi, M.A. and Rosele, M.I. and Abdul Rahim, R.A. (2013) Hak asasi bukan Muslim di Malaysia: Analisis isu terpilih. In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013, 30 Nov- 01 Dec 2013, Kuala Terengganu.

[img]
Preview
PDF
38.pdf - Published Version

Download (688kB)

Abstract

Persoalan hak asasi sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama. Pelbagai persepsi dan pandangan yang ditonjolkan bagi menyampaikan konsep sebenar hak asasi berdasarkan kaca mata mereka sendiri. Di Malaysia, antara perkara hangat yang menjadi pertikaian antara masyarakat Muslim dan Bukan Muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama dan pegangan rasmi mampu memenuhi keperluan hak asasi semua pihak. Maka, kajian ini akan menyoroti beberapa perbahasan prinsip Islam dalam menangani persoalan hak asasi manusia. Kajian ini juga akan menganalisis isu terpilih berhubung persoalan hak asasi semasa yang dibawa oleh COMANGO ke persidangan PBB menurut perspektif Islam. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada isu hak asasi yang ditimbulkan oleh gabungan NGO ini bertepatan dengan peruntukan hak asasi yang ditawarkan oleh Islam atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak berhubung hak asasi dilihat lebih bersandarkan teori Barat tanpa mengambil kira asas yang telah ditetapkan oleh Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Hak asasi, bukan muslim, COMANGO, masyarakat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Mar 2015 01:42
Last Modified: 23 Mar 2015 01:42
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13069

Actions (login required)

View Item View Item