Konsep maslahah dalam keperluan rawatan dan aplikasinya dalam rawatan materniti

Ismail, S.K. and Ahmad, R. and Abd. Ghani, A. (2013) Konsep maslahah dalam keperluan rawatan dan aplikasinya dalam rawatan materniti. In: International Seminar on Jurisprudence in Contemporary Society 2013, 30 Nov- 01 Dec 2013, Kuala Terengganu.

[img]
Preview
PDF
22.pdf - Published Version

Download (544kB)

Abstract

Maslahah merupakan salah satu elemen yang diambilkira apabila membincangkan tentang maqasid di sebalik pensyariatan dan penentuan hukum semasa. Dalam rawatan materniti, pengambilkiraan aspek maslahah dapat memastikan tercapainya objektif rawatan tersebut dalam bentuk manfaat yang akan diperolehi oleh pesakit dan mengangkat sebarang kemudaratan daripada mereka. Kekeliruan dalam menentukan kategori maslahah semasa rawatan menimbulkan kesamaran dalam membuat keputusan bentuk rawatan mengikut prioriti yang betul menurut syarak. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada memilih prosedur rawatan yang tidak menepati indikasi perubatan dan menyimpang daripada garis panduan syarak. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenengahkan konsep maslahah dalam rawatan materniti dan analisisnya menurut syarak. Melalui analisis terhadap indikasi perubatan bagi rawatan materniti dan huraian aspek maslahah oleh ulama’ usul mendapati bahawa setiap prosedur rawatan berdasarkan indikasi perubatan mempunyai kategori maslahah yang berbeza. Faktor kondisi individu juga mempengaruhi perbezaan ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input tambahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan materniti semasa di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Maslahah, Perkhidmatan Materniti, Rawatan Materniti.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 23 Mar 2015 01:39
Last Modified: 23 Mar 2015 01:39
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13064

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year